Since friday, aku dok kat Ampang Putri Specialist Hospital, Ampang.. ada sikit masalah kesihatan.. so dok berehat2 tue sempat la jugak updating blog nie sikit2 ikut citarasa aku sendiri.. Sambil2 menonton berita kat TV3 & RTM.. pas tu sambung baca paper.. pastu surf internet and main computer game.. itu je la aktiviti aku.. dalam pada tue terdengar lah aku berita nie...
"Shah Rukh Khan bergelar Datuk".. Shah Rukh Khan akan bergelar Dato' sempena hari keputraan Y Dipertua Negeri Melaka.. keluar berita nie baru aku sedar, rerupanyer org kat malaysia nie sikit jer.. tak ramai pun.. artis jgn citer la... ciput jer bilangannyer.. artis2 malaysia nie tak se"berjasa" SRK.. Andre Goh, penynyi lagu asli bukan melayu pertama di negara kita pun tak besar jasanyer kat negeri Melaka... Besar lagi jasa SRK.. Cuba compare antara dua nie ek.. SRK kalau kita panggil utk konsert atau persembahan mesti kena bayr kurang2 RM 100k, Andre Goh kalu setakat RM 1 k pun kira dah besar la tuh.. so - tak menaikkan martabat artis Malaysia... SRK, kalu nyanyi mesti mau miming, so itu sudah taraf Michael Jackson tuh.. Andre Goh nyanyi mesti mau live.. itu baru satndard artis Malaysia jer.. so tak terror la Andre Goh nie.. kalau nak kasi Andre Goh nie pangkat Dato' pun, tunggulah dia dah mati sok.. baru la nampak mcm kerajaan menghargai sumbangan diorang... skng nie tak yah la.. P.Ramlee pun kita bagi anugerah time dia dah meninggal... dah dekat 20 thn meninggal baru kita bagi anugerah.. Plus... SRK berjaya membuat artis Malaysia lupa daratan, gi naik pentas cium dia kat atas pentas lagi.. and berduet & memeluk erat isteri VVIP kita... artis Malaysia bulih ker buat cenggitu.. belum capai tahap SRK lagi artis kita nie ek...
Dulu kita bgi pangkat Dato' kat Jean Todt, atas sumbangan dia memenangi anugerah team terbaik F1, kahwin (ker cuma bersekedudukan???) plak dgn Dato' Michelle Yeoh and baik dgn PM (dengar khabar dia belikan PM kapal layar... betul ker??), skang nie bagi kat SRK plak... apa la agaknyer diorang pikir ek?? anyway tahniah la org2 dlm kerajaan negeri Melaka yg terpikir nak bagi SRK nie darjah kebesaran Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yg membawa gelaran Dato' pasal menunjukkan realiti sebenar negara kita Malaysia... Realitinyer.. kita masih terjajah secara batinnyer walaupun secara zahir nyer baru jer 1 bulan setengah kita meraikan kemerdekaan ke 51 negara kita, Malaysia tercinta...
2 comments:
Ingatkan kebodohan pemimpin berakhir dgn pengumuman Pak Lah tak hendak bertanding, rupa-rupanya ada lagi yg lebih tolol.
setuju dengan engko dan dengan hexhar.
ketololan pemikiran pemimpin yang menolol-nololkan rakyat.
bukan kah lebih baik anugerah tu diberi pada rakyat Malaysia sendiri. Apa jasa Shahrukh yang jelas ada kecelaruan agama tu? Bagi aku, kalau dibanding dengan srk tu,bekas ketua kampung aku Tok Empat Zainudin Mentari lagi sepuluh kali layak brader... cuba ko renung sumbangan tok empat pada rakyat. banding dengan srk yang "hollow" tu!
Aku harap Tuhan beri petunjuk pada Daim yang mencadangkan, Ali Rustam yang menyokong, dan Khalil Yaakob yang memberi...
Untuk versi mencarut, sila telefon aku secara peribadi...hehehe sensor sikit la bro
Post a Comment