Friday, December 26, 2008

Terkenang2 Lagi (UTMKL 1995 - 1999)

Tgh melepak2 nie, teringat plak zaman aku kat UTMKL dulu.. actually bukan kenangan yg manis la.. lebih kepada kenangan tak best during my third semester kat UTMKL...
That semester kitorang semua berpindah dari rumah no 22-4-2, kelompok pinang C, Keramat Wangsa ke "the legendary" no 7, Lrg Keramat 8, Kg Dato' Keramat... kitorang berpindah ke rumah yg lebih bessar la kiranyer peninggalan senior2 chemical engineering yg either dah grad or berpindah kampus ke Skudai... dari rumah yg di huni dek 10 org di keramat Wangsa kitorang tambah lagi penghuni menjadi almost 20 org yg ader kat umah tue skang.. at certain time umah tue dihuni almost 25 - 30 org.. memang ramai beb.. tapiader beberapa nama yg bulih la aku anggap sebagai core kepada rumah tu.. they r: aku la of course, farid, stim, gman, oshin, melaka, iwan, ijal, zam, shaari, pak kam and abg rosnan (betul2 senior.. dari dia kat UTM sampai keje kat Texas Instrument seterusnya kawen dia kat situ.. bertemu jodoh pun dgn awek dalam lorong kitorang tue.. hahaha).. ader jugak yg bukan penghuni tetap tapi dikira sebagai pengunjung tetap yg jarang miss utk bersama kitorang like aloy... ader jugak penghuni2 yg tak berapa lama kat ctu like raja, muazam, mamat, rosli, dan ader jugak yg duduk tak lama dan membuat org lain sgt2 tak selesa dan menghalau like somebaody that we called kusut.. aku tak ingat nama betul dia (ader ker dia boleh bukak temberang dari muar pegi ke melaka if I not mistaken, dan patah balik ke muar boleh cecah 5000 km.. betul2 kusut la brader nie)
So bila dah reramai tuh, lbh byk activity yg tak berpekdah were held.. antaranyer melilau tgh mlm layan arbok, pegi tgk racing (sendri nak race motor tak power), dan yg paling menyesal skali was gi naik genting mlm sebelum final exam.. aku gi naik genting pukul 2 pagi, sampai sana pukul 3 setgh, pastu gi lepak kat mamak sampai lbh kurang pukul 7 and bertolak balik utk ambik exam pukul 9 pagi..
keputusan dari segala tindakan tue, bila keputusan tak rasmi keluar, aku fail 4 dari 7 subject yg aku ambik... terduduk sat aku time tue.. dok berpikir camner nak merayu jer.. CPA time tue aku kira was under 1, biasanyer UTM will kick out org2 yg dapat result mcm aku nie... pueh la aku dok mencari lecturer utk merayu... most of the lecturer tgh dok bercuti.. I manage to call my electronic lecturer.. subject tue carry 4 time credit... itu yg paling bermasalah skali.. puas merayu, aku tawwakal jer la utk tunggu official results.. luckily official result electronic aku this lecturer bagi aku pas dgn D.. result tue membantu aku utk stay kat UTM utk semester seterusnyer... bersukur gila time tue... kalu tak, tak tau la aku camner aku skang nie... time dapat result tu, aku insaf la jugak sikit.. so segala "extra curricular" tuh aku kurangkan sikit.. walaupun semester selepas tue masih tak berapa bagus tapi sekurang2nyer tak ler seteruk that particular semester... itu la antara benda yg menyebabkan aku habis diploma dalam masa 5 tahun instead of 3 tahun bagi manusia2 yg biasa...
tapi semester tue memang betul2 melekat kat kepala aku skang nie dan menjadi pengajaran yg paling besar skali dalam hidup aku...

1 comment:

malay-machista said...

bud,
aku pun ingat peristiwa hitam tuh!! hehehe rupa-rupanya itulah pemangkin pada "keextendnan" ngko di UTM harharahra