Dalam khutbah Raya hari tu, khatib ada bercerita tentang sejarah perayaan dikalangan masyarakat Jahiliah Madinah sebelum Islam. Ringkasnya, sebelum kedatangan Islam ke Madinah, masyarakat Jahiliah Madinah menyambut 2 perayaan besar dengan bergembira dan berhibur. Sehinggalah tatkala Rasulullah SAW datang berhijrah dan menetap di Madinah dengan membawa ajaran dan cara hidup Islam. Rasulullah SAW kemudiannya menggantikan 2 perayaan Jahiliah itu dengan 2 perayaan Islam iaitu Eidulfitri and EidulAdha. Masih lagi diadakan keramaian tapi dgn lebih bermakna memandangkan 2 perayaan ini bagi meraikan kemenagan melawan nafsu dan meraikan ketaatan kita dalam menjalankan perintah untuk kita. Keimanan dan ketaatan Nabi Ibrahim serta tetamu Allah yang menunaikan haji pula dijadikan asas untuk Eiduladha yang disimbolikkan dengan mengorbankan haiwan ternakan pada hari2 Tasyrik.
So, sgt besar maknanya perayaan2 ini bagi kita orang2 ISLAM.
Jadi bila aku tertengok rancangan ASTRO RIA pada EidilFitri lepas, aku tertanya2 sendiri.. Apa sebenarnya makna Hari Raya bagi sebahagian dari kita sekarang. Raya untuk sekadar berhibur? Apa bezanya Hari Raya kita sekarang dengan Hari Raya masyarakat Jahiliah Madinah lebih 1400 tahun yang lepas.. Dalam keadaan negara yang kita claim sebagai semakin maju, adakah sebenarnya kita berundur kebelakang dan kembali ke zaman Jahiliah??
Tepuk dahi aku sebenarnya hari tu.. Jahil sangatkah penerbit-penerbit rancangan kat Malaysia ni?? Sangat-sangat Jahil masyarakat seni negara kita??
Seni sememangnya adalah salah satu cabang yang penting dalam agama kita. Itu sebabnya Al-Quran diturunkan dengan bahasa yang sangat halus seni kesusasteraannya hinggakan tak ada penyair atau seniman jahiliah yang mampu menandingi bait-bait ayat Quran. Kesenian itu juga tak dilarang dalam Islam malahan digunakan sebagai alat dakwah juga. Tapi bila mana "cendikiawan-cendikiawan seni" itu menganggap perlakuan jahiliah itu sebagai rujukan, mampukah kita mengangkat dan mengiktiraf mereka sebagai satu cabang penting untuk dakwah. Menyuburkan budaya terkinja2 k-Pop pada hari kebesaran Islam, berbogel atas alasan fesyen, beromen dalam filem atas alasan arahan pengarah dan antara yang paling laknat sekali ialah melakonkan adegan ghairah kemudiannya tak mahu ia dianggap sebagai sesuatu yang salah kerana filem itu dikatakan skripnya bertujuan mendidik dan kisahnya berlandaskan hadis Rasulullah atas topik rumahtangga?? WTH??
Melalut sikit, tapi isu utama kat sini, apa pengertian Eidulfitri dan Eiduladha bagi kita sekarang ni andai rancangan -rancangan macam ni yang dihidangkan kat kita masa hari kebesaran kita. Satu ketika, kita disogokkan dengan cerita-cerita sedih yang membodohkan kita dari Rashid Sibir tiap kali raya yang menggambarkan raya jer adalah hari untuk kita bersedih, sekarang bila kita kata raya untuk kita berhibur, dihidangkan pulak dgn K-Pop.. Bodoh sangat ker karyawan seni kita??
Aku bukan anti hiburan, tapi tak boleh ke hiburan time hari raya ni kita hidangkan hiburan yang lebih bersopan dari terkinja-kinja macam K-Pop ni? Banyak lagi hiburan yang lebih berwajah melayu boleh kita hidangkan bukan yang berwajah Korea macam ni. Dengan skirt pendek, Lu ingat lawa ke beb??
Mana yang tak tengok lagi, tengoklah.. Nilai lah sendiri, ini kerHari Raya yang kita mahu untuk anak-anak kita masa depan??
P/S: Menyampah pulak aku tengok Cat Farish masa mengulas persembahan..