Monday, May 25, 2009

PETRONAS sponsored team FIAT YAMAHA?

Last week aku menonton antara acara kegemaran aku kat ESPN, World FIM MotoGP.. Mcm biasa la, aku mesti tgk Valentino Rossi punyer.. pastu aku terperasan ada satu label kecik kat bontot motor si Rossi.. label Petronas..
Serentak dgn tue aku terpikir... kalau Petronas dah involve dgn MotoGP nie, kenapa diorang tanak sponsored satu team dari Malaysia.. dulu dah ader team Petronas TVK, pastu diorang tarik balik sponsorship dan bertumpu kat F1.. namun skang aku cuma dapat tgk kat motor omputih jer...itu pun kecik amat.. dah tak de rider melayu lagi yg bulih kita tgk bawak lambang Petronas tuh.. Kalau tak dulu, walaupun tak pernah naik podium (kecuali satu podium utk Petronas team TVK by Nabuatso Aoki)aku still layan race 250 cc pasal nak tgk nama Yuzy tersenarai kat starting grid and bersaing utk kutip point.. And aku raser ader sikit bangga tgk motor warna hijau bawak lambang besar petronas melintas skrin...
Skarang nie, MotoGP pun dah kurang liputan kat suratkhabar, yg byk cuma cub prix punyer citer.. pasal kita dah tak de wakil.. tu yg boring tuh.. bagi aku cub prix nie satu benda yg membazir pasal dah hampir 2 dekad cub prix nie kat Malaysia, kita cuma ader Yuzy jer yg dapat merasa bersaing kat MotoGP series dalam 250 cc class.. mana pergi hero cub prix yg diwarwar kan as platform to produce more world class racer utk Malaysia?? setakat yg aku tau, hero cub prix tak pernah mampu bersaing bila kita bagi moto besar.. contoh hero cub prix masa aku memuda dulu, Wazi Hamid, bila diorang bagi motor 250 utk race dalam FIM Asia Road racing, habis melungkup.. manjang tergolek jer... tue baru Asia tue belum world lagi.. hero malaysia dalam Asia road racing time tue sapa?? Kuan Meng Heng, Chia tuck Cheong, Yuzy..dari diorang nie, yg aktif cub prix cuma Chia Tuck Cheong.. itu pun pasal dia memang rider 250 and cuma masuk cub prix utk mengisi masa tak de race Asia... Yuzy asal cub prix, lepas champ, dia pegi RXZ utk Malaysia Race series kat litar Batu 3 and permanently duk dgn TVK main moto 250 utk European Road racing pastu baru ke world GP.. Ini tak, tahun nie dah menang cub prix, tahun depan cub prix lagi tahun lusa pun cub prix gak... mana nak berkembang...
Selain dari tue, aku marah gak dgn Khir Toyo.. sebab.. time dia la Litar Batu 3 kena jual and dijadikan kawasan perumahan mewah.. so malaysia dah kurang satu trek yg dekat dgn town center.. so bila bebudak rempit nie tak de tempat yg dekat utk test power, dgn senang hati la diorang pakai trek free atas jalan sekaligus memahat nama hitam utk bikers2 kat malaysia nie.. cuba la pikir, mana ader org nak test motor cub chai tapi kena pergi sampai almost 100 km ke litar sepang.. dah la sewa mahal compared dgn harga kat litar batu 3.. dulu, kat litar batu 3 every weekend ader sprint test yang di buka utk org ramai.. kita cuma perlu bayar yuran dalam RM 15 utk test motor kita kat dalam trek.. so ramai bebudak motor bertumpu kat situ pasal nak tunjuk motor dia hebat.. skarang nie ader ker kat litar sepang tue?? kalau ader pun nak ker bebudak rempit nie pergi travel around 100 km just to test their bike.. so jgn sibuk nak mengutuk bebudak rempit nie sgt tanpa melihat kat mana salah korang as penguasa yang ader kuasa utk merubah semua tuh.. aku boleh kata bebudak mula merempit sampai ke tahap kritikal skang nie pasal tak de nyer track yg suitable utk diorang mcm litar batu 3 dulu... dulu pun ader jugak rempit, lumba haram nie.. tapi tak kritikal mcm skang nie.. betul tak aku cakap?? mat2 motor mesti membetulkan perkataan aku tue.. so Khir Toyo.. hang jawab lah... semua salah hang...
Balik kepada MotoGP, aku raser Petronas kena ambik inisiatif utk form 1 team mcm team TVK dulu... ambik balik Yuzy, Meng Heng utk jadi coach.. utk cari racer, angkat korang punyer racer yg dok race dalam cub prix nie.. tak guna race dallam cub prix lelama.. membazir jer... kalau suruh Yuzy race balik pun ok..dia baru umur 33.. bulih tahan lagi tuh... mana tau dalam 5 tahun lagi kita bulih tgk racer petronas naik podium plak...

Harga Minyak Naik Lagi?

Lebih kurang 2 minggu lepas, Menteri KPDNHEP yang baru, Datuk Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pengenalan petrol baru RON 95 kepasaran bermula 1 September 2009. Petrol jenis nie akan dijual pada harga RON 97 sekarang iaitu RM 1.80 seliter. Berikutan itu, RON 97 akan dinaikkan harga ke RM 2.00 dan dijadikan minyak premium. So rakyat akan dipaksa bertukar ke RON 95 bermula September 2009.
Pengumuman itu, menjawab persoalan yg dok berlegar dalam kepala aku sejak beberapa bulan yg lepas. Waktu tue puas jugak aku berkira, kalau RON 97 kita jual RM 1.80, RON 92 plak RM 1.70, so dgn hanya berbeza sekupang, berapa agaknya RON 95 tuh diorang nak jual. Rupanyer it was saved to again show us some magic show... Dalam erti kata yg lebih kasar, Gomen again nak kencing kita la.. sebenarnyer pengumuman tu bagi pandangan mata aku tak lebih dari cuba memberitahu rakyat, MINYAK NAK NAIK HARGA.
Atas apa reason minyak naik harga? Aku tak sure about it.. Tapi cuba la pikir, kalau sebelum nie kita pakai RON 97 at 1.80 lepas nie kita nak pakai minyak dgn quality yg sama kita kena bayar 20 sen extra.. kira tak naik harga ker tuh??
Bagi aku, sepatutnyer RON 97 stay kat RM 1.80, RON 95 take over harga 1.70 and RON 92 sepatutnyer turun kepada lebih kurang RM 1.50.. Itu baru betul menyediakan rakyat dgn pelbagai pilihan. kalau kita kurang mampu, pakai jer RON 92, kalau kita nak quality baik sikit guna RON 95.. but we still have a choice to stay at what we have use to it, RON 97... Walaupun nanti akan lebih ramai yg akan guna RON 95, tapi rakyat takkan raser tertipu (ataupun raser kerajaan nak menipu)... What ever your opinion is, I still feels kerjaan menipu aku dan seluruh rakyat Malaysia dgn pengumuman bapak Dafi AF5 nie...

PENIPUUUUUUUUUUUUUUUUUUU................

Monday, May 18, 2009

SELAMAT HARI GURU

This post is special to all my guru's.. Officially or non official guru...

To:
Guru2 from Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak - 1984-1989
1) Cikgu Haris - Guru music
2) Cikgu Khamisah Nor - Guru kelas masa darjah 5 & 6 merangkap guru math, BM, Alam dan Manusia.. cikgu yg hempuk kepala aku dgn buku math masa aku darjah 5.. alhamdulillah pas tu aku terror math... Rasenyer cikgu nie skang Guru Besar kat SK Precint 9, Putrajaya.. aku tgk dlm TV hari tue..
3) Cikgu Sayuti - coach bola aku
4) cikgu Wahab - cikgu kelas tahun 4
5) Ustaz Mohammad Wagiman - ustaz Pendidikan Islam
6) Cikgu Safiah - Cikgu aku masa darjah 1, dia yg membantu aku belajar mengeja.. kalau tak rasenyer sampai skang aku eja bunga as B.U.N.G.A.R... hahaha
7) Cikgu Fuziah Jali - Cikgu masa aku darjah 3.. not really remember..
8) Cikgu Ho Mei Ling - Cikgu kelas aku masa darjah 2.. pastu masa aku darjah 4, dia ajar aku english..
9) Cikgu Radziah - ajar aku english masa aku darjah 5 dan 6.. (anak dia pun cun... hahaha)
10) Cikgu Ghazali - coach bola masa aku darjah 4
11) Cikgu Talib - caoch bola gak.. aku panggil cikgu rock.. dia layan kitorang mcm adik.. aku siap pernah lepak umah sewa dia lagi...
12) Cikgu Tajul - dia yg bawak aku and gang gi KL..
13) Semua cikgu2 yg aku tak ingat tapi pernah mengajar secara langsung atau tak sepanjang aku kat SKMS..

Guru2 from Sekolah Rendah Agama Merbau Sempak, (1985-1989)
1) Ustaz Abu - yg bawak aku gi sekolah tiap2 hari masa aku darjah 2..
2) Ustazah Latifah - ngajar aku since darjah 2 to 6
3) Ustazah Normah - guru kelas darjah 6..
4) Ustaz Wahid - Guru Quran merangkap guru besar SRAMS..
5) Semua cikgu2 yg aku tak ingat tapi pernah mengajar secara langsung atau tak sepanjang aku kat SRAMS

Guru2 from Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam (1990 -1992)
1) Ustaz Norwahid Munjar - Ustaz rock merangkap ustaz tafsir dan hadis aku masa form 1 & 2
2) Ustaz Hanafi - mengajar aku Tawarikh Islam
3) Cikgu Jamaliah Bujhan - Cikgu Sains aku masa form 3..
4) Cikgu Zanariah - cikgu english form 3
5) Ustazah Mariam (kalau tak silap aku) - guru kelas masa aku form 3
6) Ustaz Fauzi - warden
7) Semua cikgu2 yg aku tak ingat tapi pernah mengajar secara langsung atau tak sepanjang aku kat SAMTTAJ, Shah Alam

Guru2 from Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban (1993 - 1994)
1) Guru Penolong Kanan HEM - aku tak ingat nama tapi aku ingat pesan dia, kalau nak isap rokok, gi la sembunyi sikit.. right after I was been "sebat" for second time..
2) Cikgu Munahwar Sultanah - Guru kelas aku (Ibnu Sinna)masa form 4 & 5
3) Cikgu Nirwana - Guru Add Math aku form 5
4) Cikgu Choong Vee Lin - Cikgu Sejarah
5) Cikgu Goh - Cikgu Math aku
6) Cikgu Lim Swee Boon - Cikgu Bio form 4 & 5
7) Cikgu Wong - Cikgu Kimia.. sorry la cikgu , saya selalu tidor in your class... hahaha
8) Cikgu Mat Ali - Cikgu Fizik form 4
9) Cikgu Pang Ah Man - Cikgu Fizik form 5
10) Cikgu Fong - Cikgu English aku form 4 & 5
11) Semua cikgu2 yg aku tak ingat tapi pernah mengajar secara langsung atau tak sepanjang aku kat SDAR, Seremban...

Kat UTM;
1) Pn Morina - aku ingat sgt pasal dia tolong kasi lepas paper Electronic 1 aku...
2) Semua lecturer2 yg aku tak ingat tapi pernah mengajar secara langsung atau tak sepanjang aku kat UTMKL

Sepanjang aku hidup:
1) Mak aku
2) Bapak aku
3) Abg2 aku
4) Adik aku
5) Bini aku
6) anak2
6) kawan2 dari kecik sampai besar
7) kawan2 sekerja
8) customer, supplier, vendor and contractor..

THANKS A LOT... WITHOUT ALL OF YOU, I WON'T BE ABLE TO LEARN SO MUCH THING IN LIFE.. DIRECTLY OR INDIRECTLY, YOU TAUGHT ME SOMETHING..

TO ALL SELAMAT HARI GURU..