2 hari sudah aku menonton 1 cereka berkaitan ajaran sesat. Dalam cereka terbabit ditunjukkan Tok Ayah (lakonan Faizal Hussin) sebagai ketua ajaran sesatdi sebuah kampung. Ajaran sesat tuh dinamakan ajaran As-Sarakah (agaknya merujuk kepada nafsu serakah manusia kot..)
Beberapa ketika, anak aku yg berumur 7 tahun pun join tengok cerita tu dan bertanya, "Ayah, yang pakai bertutup tu orang jahat ker?", merujuk kepadqa sekumpulan pengikut ajaran sesat dalam cerita tu yang berpurdah. Susah jugak nak menerangkan.. Maklum lah, sepatutnya, seindah2 pemakaian bagi wanita Muslimah, walaupun dengan bertudung dan berpakaian menutup aurat itu sudah cukup sempurna, tapi kalau berpurdah itu lebih baik kerana boleh menghilangkan sikit2 sifat mazmumah lagi kalau ada yang tertinggal..
Start dari situ, emosi aku agak terganggu sebenarnya. Cuba kita perhatikan industri perfileman kita. Asal ajaran sesat je, mesti digambarkan pengikutnya adalah, kalau lelaki digambarkan berjubah dan berserban tebal, Kalau perempuan, mesti berjubah dan berpurdah. Ini gambarannya. Begitu jugak bila penceritaan tentang eksterimis agama atau orang2 agama yang kolot, berfikiran singkat (Contoh cerita Vanida Imran: Wanita Melayu Terakhir atau cerita lakonan M Nasir, Fenomena).
Kenapa emosi aku terganggu? Cuba kita renungkan.. Kenapa kita membenarkan imej-imej yang mencerminkan pemakaian yang baik dan yang paling penting ialah imej-imej yang berlandaskan sunnah-sunnah Rasullullah SAW ini digambarkan sebegitu kolot, eksterimis dan menyalahi agama? Seringkali digambarkan watak orang-orang yang betul pegangan agamanya adalah orang-orang yang menolak pemakaian berlandaskan sunnah Rasullullah SAW. Bukankah kita sedang menghina sunnah? Sudah lupakah kita bahawasanya jubah, serban dan celak adalah pakaian Rasulullah SAW dan sekaligus merupakan sunnahnya? Wanita-wanita yang berpurdah adalah wanita yang cuba menyempurnakan penutupan auratnya?
Dalam cerita tuh ditunjukkan anak kepada Faizal Hussin tadi dah insaf dari ajaran sesat bapanya. So, digambarkan, bila dia meninggalkan ajaran sesat itu, dia terus meninggalkan pakain yang mengikut sunnah, jubah dan serban. Wajarkah perubahan itu digambarkan sedemikian rupa? Begitu jugak anak perempuannya. Dah insaf maka ditanggalkan purdah yang menutup wajahnya.. Perlukah?
Sorry melalut sikit tapi sedarkah kita, pembikin-pembikin filem negara kita sekarang ini menganggap orang-orang yang berpakaian dengan pakaian berlandaskan sunnah Rasulullah SAW adalah pengganas dan extremis? Dalam program-program agama pun bagai telah dikikis imej-imej sunnah Rasulullah ini. Cuba kita tengok dengan apa digambarkan dan dipakaikan Imam-Imam Muda kita di Astro? Sangat jarang aku tengok mereka di promosikan dengan pemakaian mengikut sunnah Rasulullah SAW. Bukan tak boleh dipakaikan dengan coat dan tie, tapi bukankah lebih baik diseimbangkan?
Aku sangat-sangat bimbang sebenarnya bila imej-imej berpakaian dengan sunnah Rasulullah SAW ini digambarkan sedemikian rupa, akan timbul anggapan salah dikalangan anak-anak kita yang pakaian-pakaian ini adalah pakaian orang-orang yang tak betul pegangan agamanya. Maka makin jauh kita dari sunnah-sunnah Rasulullah SAW. Aku takut satu hari nanti, bila aku pakai jubah-jubah yang ada dalam almari aku nanti untuk pergi berjemaah di surau atau masjid (bukan banyak pun, ada la 2 - 3 helai), anak aku akan cop aku sebagai pengikut ajaran sesat seperti mana yang dapt dia tengok di kaca TV..
Seruan aku:
Kepada pembikin-pembikin filem, tolong lah tukar imej pengganas, extremis agama, kumpulan ajaran sesat dengan imej lain. Tolong jangan gambarkan mereka dengan pemakaian berlandaskan sunnah Rasullullah SAW. Takut nanti kita jadi agen (tanpa kita sedari) Zionist Laknatullah yang menjauhkan kita dari sunnah dan tanpa kita sedari kita menghina sunnah baginda Rasulullah SAW. (setau aku yang clear ajaran sesat macam Rasul Melayu kat Ulu Klang tu pun tak berjubah dan berserban sbb dia kata dia Rasul untuk ornag melayu, bukan arab.. Hehehe)
Kepada badan-badan AGAMA (JAKIM dan Majlis Agama negeri): Ornag filem ni, kalau orang kecik macam aku cakap, diorang tanak dengar. So, tolonglah keluarkan garis panduan kat pembikin filem. Walau pun aku ragu diorang akan patuh, tapi itu tanggungjawab pihak berkuasa jugak kot untuk memelihara agama kita supaya tak disalah tafsir. Kan,kan,kan???