Monday, October 20, 2008

Shamsiah Fakeh

Aku surf Berita Harian online and dalam ruangan mutakhir ada berita pasal Shamsiah Fakeh meninggal dunia.. dituliskan disitu:

"KUALA LUMPUR: Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Shamsiah Fakeh, 84, meninggal dunia kerana sakit tua di kediamannya di Tropicana, Damansara, hari ini.

Shamsiah, yang juga bekas Ketua Angkatan Wanita Sedar (Awas), sebuah parti politik sayap kiri yang ditubuh pada 1946, meninggal dunia pada jam 9 pagi.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Sungai Besi selepas solat Asar, kata anaknya Jamaluddin Ibrahim di sini hari ini.

Shamsiah yang sebelum ini tinggal di China dan kembali ke Malaysia pada tahun 1994 selepas termeterainya perjanjian damai antara PKM, kerajaan Malaysia dan Thailand pada tahun 1989, meninggalkan dua anak lelaki dan empat cucu.

Suami Shamsiah, Ibrahim Mohamad dan seorang lagi anaknya telah meninggal dunia sebelum beliau. - Bernama "


Serba salah aku nak mengkategorikan Allahyarhamah Shamsiah Fakeh nie.. Bagi aku personally, dia boleh jugak kita iktiraf sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan negara.. cuma cara gerila yg dia pilih tak menyenagkan hati pihak British dan menjadikan dia pelarian.. dalam melarikan diri dari buruan British, AWAS dan API diisytihar British sebagai salah satu cabang PKM dan diorang terpaksa ikut jadi buruan sebagai mana komunis.. Kemudian diorang yg dah dicop komunis nie terpaksa lari ke China dan menetap kat sana.. So pada pandangan aku, dia dicop komunis bukan atas kerelaan tapi terpaksa utk menyelamatkan diri dari ditangkap oleh british.. cara diorang mencari kemerdekaan memang lain dari cara UMNO dan diorang enggan tundk dgn kehendak British so diorang di cop as pengganas, komunis, pemberontak dan segala macam gelaran yg menyebabkan kita lupa bahawa dia jugak berjuang utk kemerdekaan negara kita tapi dgn cara diorang... sama juga mcm mana Mat Kilau, Hj Abdul Rahman Limbong, Rosli Dhobi dan Tok Janggut yg cuba dipadam perjuangan kemerdekaan diorang oleh british dari buku2 sejarah kita... Shamsiah Fakeh dan geng2 dia tak pernah kita cuba iktiraf sebagai pejuang kemerdekaan... nama dia hanya tercatat dalam lipatan sejarah melayu sebagai ketua AWAS yg akhirnyer bergabung dgn PKM... Perlu diingat, Tan Sri Aishah Ghani, wanita pertama yg dilantik menteri juga pernah mengetuai AWAS sebelum diambik alih oleh Shamsiah Fakeh...

Sejarah negara kita dalam menuntut kemerdekaan byk ditulis mengikut kehendak British.. jasa2 pejuang terdahulu byk yg dipadam dari lipatan sejarah negara.. kita sering disogok dgn cerita kejamnyer Jepun dan komunis.. tapi kejamnyer British tak byk yg terbongkar...

Maafkan aku kalau aku tersilap, tapi kekadang aku terfikir betapa ruginyer kita kehilangan pejuang hebat mcm Leftenan Adnan Saidi semata2 utk mengekalkan kuasa penjajahan British di Tanah Melayu.. alangkah baiknyer kalau tercatat dalam sejarah yg Leftenan Adnan Saidi syahid ketika mengetuai segerombolan anak melayu cuba utk menghalau British dari Tanah Melayu... bayangkan jugak ketika Shamsiah Fakeh dan trup gerilanyer menyerang askar British dan membunuh anak melayu yg bekerja sebagai askar British.. British menggulakan anak melayu utk join askar British atas kata2 mempertahankan tanah air wal hal ketika itu hanyer utk protect Tanah Melayu dari terlepas dari penjajahan dan jatuh ketangan anak melayu lebih awal...

Senang citer, kalau boleh kita kena mula mengiktiraf atau mengenang jasa2 pejuang haluan kiri nie dalam sejarah kemerdekaan negara... nama2 seperti Dr Burhanuddin Helmi, Shamsiah Fakeh (sekadar beberapa nama & Chin Peng serta PKM yg lain tak masuk kira) yg aliran perjuangan diorang dibenci dek British mesti dikaji dan diiktiraf sebagai pejuang bangsa.. jgn kita lupa bahawa diorang nie jugak mahu kan kemerdekaan negara walau cara diorang tak sama dgn cara Tunku Abdul Rahman..

No comments: