Monday, March 30, 2009

PEKEMBAR 2

Berakhir sudah satu lagi episod pementasan teater di PWTC yg dihadiri "pemimpin"2 terkemuka negara.. persoalan.. apa perubahan yg mungkin dan bakal terjadi selain pertukaran pemegang watak utama politik negara dari DSAAB kepada DSNTAR... dari perbahasan mereka masih lagi tergambar kedangkalan pimpinan PEKEMBAR terutama dari so called pimpinan akar umbi..
1) Naib Presiden yang baru dilantik, DS Hishammudin "PPSMI Warrior" Tun Hussein, merangkap sepupu DS Presiden yg baru dilantik mengemukakan idea bernasnya untuk mengizinkan pegawai2 Kementerian Pelajaran amnya, guru2 khususnya melibatkan diri dalam politik.. tapi perlu diingat, kebenaran ini hanya terikat dgn penglibatan guru2 terbabit HANYA dengan politik PEKEMBAR SAHAJA.. selain dari itu anda kemungkinana akan digantung kerja... alasan: PEKEMBAR menghargai pandangan guru2...
kalau sebelum nie kita ingin meneutralkan sistem pendidikan kita dari pengaruh politik, apakan sekanrang nie PEKEMBAR dah terlalu terdesak sampai kena buat polisi mcm nie di peringkat kerajaan.. kenapa kena salah gunakan jentera kerajaan untuk mengongkong cikgu2 kita nie?? kalau nak kasi diorang betul2 berpolitik mcm zaman dulu, biarkan diorang bebas memilih parti yg ingin disertai... kalau tak jgn bagi terus cikgu2 nie aktif.. nak aktif, pencen..
2) Dengan bangganyer seorang perwakilan dari Kedah Darul Aman memberikan pandangan bahalolnya... pastikan semua pegawai tinggi kerajaan, sebelum dilantik ke jawatan tertinggi dalam kerajaan, adalah ahli PEKEMBAR... ini untuk mengelakkan pegawai tinggi kerajaan menyokong parti pembangkang... apa punya bahalol la ini org PEKEMBAR... katakan lah bila parti pembangkang dapat pegang kerajaan, dan mereka dapati dan amat pasti semua pegawai tertinggi nie org PEKEMBAR, yg tak bulih menjalankan amanah kerajaan tanpa memihak seperti yang sepatutnya dan diganti, mereka ini jugak yg akan bising.. dok mengata Pakatan Rakyat nie zalim... tukar org sesuka hati.. tapi cuba la hang pikiaq wahai perwakilan yg tak berakal woi... PEKEMBAR bukan kerajaan dan kerajaan bukan PEKEMBAR.. buat masa sekarang, PEKEMBAR diamanahkan oleh rakyat untuk menjaga kepentingan mereka, andai kata sampai satu masa mereka mahukan org lain, mereka akan tukar PEKEMBAR dan Be End kepada PR atau parti cap Kunci pulak.. time tue sok, kalau org yg tak nuetral yg dok kat atas, mcm mana negara nak bergerak??? kalau hampa(s) semua bodoh, jgn dok tarik org lain jadi bodoh mcm hampa(s)... contoh2 dah dilihat di hampir semua 5 negeri yg dikuasai PR pada GE 12 hari tue... apa perasaan hampa(s) kalau hampa punyer SU Kerajaan Negeri ta nak bekerjasama pasai dok jadi pengikut pati cap kunci misalnya... ingat lah PEKEMBAR, jgn politikkan jawatan kerajaan kerana kerajaan perlu neutral.. cukuplah ader 3 jawatan utk org2 politik utk setiap kementerian, utk org politik, rebutlah jawatan Menteri, timbalan menteri dan SU parlimen tue.. jgn sampai Ketua Pengarah jabatan punyer position pun nak dipolitikkan.. mundur negara kita jadinyer nanti...

Mohd. Khusairi berkata, UMNO perlu bertegas terhadap konsep parti menguasai kerajaan dengan membawa bersama perubahan yang mahu dilakukan kepada pegawai dan kakitangan kerajaan.

Ini kerana, tegasnya, masih ramai di kalangan golongan itu yang tidak menghormati atau membenci UMNO.

"Mereka sentiasa sebut bahawa mereka pihak berkecuali. Surat-surat sokongan wakil rakyat UMNO ditertawakan malah banyak 'dibakulsampahkan', jadi bagaimana kita hendak meyakinkan rakyat bahawa kita parti berjiwa rakyat.


ini la contoh kebodohan PEKEMBAR.. bila pegawai kerajaan menjalankan amanah bebetul dan berkecuali, diorang benci.. dikata macam2... yg diorang buat lagu tue kat pembangkan tak pe plak... utk en. Khusairi, kita tak nak pegawai kerajaan yg memihak, jgn jugak pasal kontraktor tue kenal wakil rakyat itu atau ini, dia dapat projek, surat sokongan bukan dibakul sampahkan begitu sahaja tapi disiasat dan kalau memang berkelayakan sure boleh dapat...
3) Idea bernas dari satu lagi perwakilan.. PEKEMBAR patut menubuhkan Maahad Tahfiz nyer sendiri untuk melhirkan ilmuan agama berjiwa PEKEMBAR... mereka tak mau ahli2 tahfiz/ Agama yg tak menyebelahi mereka... itu salah satu cara untuk menarik kembali golongan agamawan ke dalam PEKEMBAR dan memenangi hati org2 melayu... setakat yg aku tahu lah... bang... adik nak bagitau, bebudak tahfiz/ agamawan nie bukan ler bodoh.. kalau diorang tak mau dgn hampa(s) makna nya hampa semua ader yg tak betui... tak payah nak buat suatu benda atas pertimbangan politik.. buat sesuatu atas keikhlasan untuk memajukan negara.. nak buat maahad tahfiz kena la dgn niat utk melahirkan agamawan yg berilmu yang boleh membimbing rakyat terutama dalam ilmu agama bukan sebab kepentingan politik... bila dok mengata PAS gunakan agama cukup deras (cepat) hampa(s) no... tapi hampa(s) punya usul nie mmg clear nak mempergunakan agama utk kepentingan politik.. awat tak mengata diri sendiri???
4) Usul dari Cendikiawan yg menubuhkan Kelab PEKEMBAR di oversea... diorang cadangkan untuk menarik balik biasiswa daripada pelajar2 yg tanak support PEKEMBAR.. If you guys are free to support you own political party then why can't others?? They are not against the government but the PEKEMBAR.. You all are the selected people and blessed with brain, but still cannot differentiate between Malaysian Government and political party huh??? Apalah malang kami rakyat Malaysia if people like you been selected as our leader later... There still would be no changes then... rugi duit rakyat malaysia hantaq hampa gi oversea...
5) Usul dari wakil Wanita... Dulukan projek kelas F kepada wanita.. pasal wanita tak pandai lobi.. apa nie beb?? camner PEKEMBAR nak kikis tanggapan masyarakat bahawasanyer PEKEMBAR nie ahli2 nyer bukan nak betul2 berjuang tapi semata2 nak dapatkan projek... sampai perwakilan Wanita pun dok cerita minta projek... Bullshit...

Kesimpulannya: Tak salah kalau ada org2 diluar party anggap Perhimpunan Agung PEKEMBAR hanyalah perhimpunan Joker2 @ Badut2 Seluruh Negara... dan tak salah jugak kalau org tak percaya PEKEMBAR akan berjuang utk rakyat sebab dalam byk perbahasan ahli PEKEMBAR lebih sibuk cerita Menyelamatkan Parti, survival parti dan mintak peluang2 perniagaan utk diri sendiri berbanding survival rakyat, meyelamatkan rakyat dan menjaga kepentingan rakyat... Even bapak aku yg masih support PEKEMBAR (walaupun tak begitu fanatik mcm sesetengah org.. yg salah tetap dikatakan salah.. tak kira dari PEKEMBAR, PAS atau PKR)tak percaya akan ader perubahan dlm PEKEMBAR selepas ini..

1 comment:

malay-machista said...

it is the beginning of the end... bak kata tunku, BIAQ PI LAH... hehehe... ayam kalau kena sembelih, sebelum dia mati dia punya gelupur memang power! hehehe