Monday, March 16, 2009

PPSMI

Skang nie dah start kecoh balik pasal PPSMI (Pengajaran & Pembelajaaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris).. dulu kita dah bising pasal nie, cuma bezanyer 6 tahun sudah, Che Det dok presiden PEKEMBAR lagi, tambahan pulak perdan Menteri, so segala usaha membantah bulih la tak dihiraukan... meskipun ader beberapa benda yg aku akan sokong amat2 Tun Dr M especially dalam ekonomi dan perancangan ekonominyer, tapi aku amat tidak bersetuju bila masuk bab2 PPSMI.. aku baru lepas tgk blog Che Det berkaitan PPSMI nie...
1)org yg menyokong dok kata elok pasal senang nak cari ilmu sains dan matematik.. pada aku masalh kat sini bukan pasal pengunaan istilah tue sangat pasal istilah asins dan matematik nie bulih la dikatakan bersifat universal.. tapi yg paling penting sekali pemahaman kepada konsep sains dan matematik tue sendiri.. memang la kalau kat sekolah dulu kita belajar V = IR, V = voltan, I = Arus, R = rintangan... in English = Volt, Current and Resistance... lebih kurang jer.. tapi pemahaman tentang konsep utk V= IR itu yg paling penting kita paham... dgn bahasa apa lagi yg kita bulih paham dengan lebih jelas tentang konsep yg berbelit melainkan dgn bahasa ibunda kita yg kita paham selok belok penggunaan bahasa tue dgn baik?? ader satu contoh yg aku rase amat bodoh dari reader chedet.com yg support PPSMI nie tadi..
"cikgu: murid-murid..hari ni kita belajar satu formula baru untuk
fizik..F = M x A..
F tu daya..M tuh jisim dan A tuh pecutan.

Murid2 : apa pulak F tu Daya..D la patut Daya..M jisim? A pecutan?
cikgu ni dulu lepas tak kertas BM?

tun..
ini senario zaman saya sekolah..zaman saya buat asasi semua dalam english..
pertama kali ujian makmal gagal..sebab tak tau peralatan sesuai
malu sungguh dengan lecterer cina.

sokong sepenuh hati PPSMI..sbb tak bercakap melayu x bererti bukan melayu..
tak rasa pun nak buang bahasa melayu..
bangsa melayu.."

bagi aku ini contoh yg amat bodoh... sebab... rules of learning, jgn malu bertanyer.. kalau tak tau tanyer.. yg kau fail pasal kau tak mau bertanyer... no 2 plak.. konsep bagi F= MA adalah konsep asas bagi Daya, momentum dan jugak E=mc2.. so kalau konsep asas kita tak paham, macam mana kita nak hubungkaitkan semua tue.. so yg penting bukan kenapa F stand for daya bukan D, M untuk jisim bukan J atau A untuk pecutan bukan P pasal itu kita bulih tukar dgn apa simbol yg kita nak, tapi konsep asas F=MA tue yg penting...

2) aku tetap berpegang kepada penguasaan bahasa akan hanyer lebih baik jika kita cuba berkomunikasi dalam bahsa yg kita nak mahir... utk mahir english bagi aku agak kurang berkesan kalau selama2 kita letak english dalam buku teks dan kelas... kesudahannyer kita akan melahirkan more robot generation dalam masyarakat malaysia.. contoh lah, aku dulu dari form 1 sampai form 3, aku bulih menulis dalam bahasa arab, tapi komunikasi hancur.. lepas SRP aku pindah kesekolah yg tak de belajar bahasa arab nih, kesudahannyer sekarang nie aku nak menulis 100 patah perkataan arab pun susah... beza dengan english.. aku tak la tere sgt english nie, tapi oelh kerana aku cuba berkomunikasi dalam english bila aku start keje dulu, skang nie aku dah bulih begelak ketawa dgn mat2 salleh, aku dah bulih bercerita pasal teknikal dgn mat salleh and sometimes aku mengajar diorang plak psl transmission system kat malaysia nie dgn diornag.. masa interview plak jgn citer la, habis mat salleh tue aku kencing.. kalau diimbas balik plak, masa aku form 5 dulu, English 1119 aku U9, english SPM aku plak cuma C3, sama dgn BM aku... so camner bulih jadi gitu?? communication beb.. tak kisah ler broken ker tak, yg penting try... dalam kelas memang susah la.. bukan PPSMI yg bulih buat kita mastered our english but simply try to communicate with it... tak caya tanyer abg aku, dia cikgu english... plus to make his resume more impressive, he was one of the appointed english coach for math and science teacher during the implementation kick off of PPSMI in 2003.. kalau cikgu english sendiri tak setuju dgn PPSMI so korang kena tanyer che det dgn Hishamuddin betul ker apa yg diorang pertahankan tue??

3)Bagi aku penguasaan ilmu sains dan matematik secara basic yg perlu kuat diperingkat menengah nie.. so diorang kena kita ajar dalam bahasa yg lebih mudah diorang paham.. bila dah masuk U nanti, diorang tak bulih la bergantung sepenuhnyer kat buku teks.. kena carik ilmu luar.. kena la rajin... kalau tak kita akan melahirkan lebih ramai robot bersarung manusia... kalau dah masuk U pun malas nak carik ilmu, nak tunggu disogok, susah la beb.. perlu buku rujukan english kalu, pergi carik.. ader istilah tak paham, carik kamus (tapi bagi aku sepatutnyer tak de istilah yg korang tak paham pasal semua istilah dalam sains dan matematik disertakan simbol, dan simbol tue even korang baca dalam bahasa eskimo sekalipun simbol tue takkan bertukar.. contoh I utk arus atau dalam Englishnyer current.. Y untuk impedance atau lepasan and so on.. byk lagi tapi takkan aku nak tulis semua kot...)kalau bende2 mcm nie pun korang malas carik aku suggest korang berenti la jadik mahasiswa.. mengabih boreh jer.. tapi aku yakin student malaysia tak ler sepemalas itu.. kalau yg mcm tue time SPM dah kantoi dah... Kalau dah masuk U pun mesti dah pencen awal dah macam Saiful Bukhari... So DS Hishamuddin, kalau hang dok berkeras dgn PPSMI anda, ini menunjukkan anda tak mengenali generasi muda malaysia sebenarnyer.. mcm mana anda boleh memasang cita2 utk mengetuai satu negara kalau anda tak paham rakyat anda... bukan Hishamuddin je la.. semua pimpinan PEKEMBAR sekali kena dengar dan kenal rakyat.. kalau tak baik blah je lah...

Bukan aku tak mengakui hakikat kita kena belajar, faham dan fasih berbahasa inggeris cuma aku tak setuju dgn PPSMI pasal pemahaman ttg konsep dan prinsip dalam Sains dan Matematik amat penting dan hanyer bulih ditekankan dgn bhasa yg student/anak2 kita paham dgn fasih.. plus ader kemungkinan cara pengajaran dan pembelajaran English kita kurang berkesan (abg aku pernah cakap pasal nie dulu)... so utk kita master english, yg perlu diberi penekanan dan kajian adalah cara pembelajaran English tue di peringkat sekolah... bukan dgn menyeksa student dgn PPSMI...
Bhasa Melayu takkan jadi bahasa Ilmu selama mana kita tak mahu menjadikan ia bahasa ilmu.. bahasa melayu akan miskin perbendaharaan kata selama mana kita tak mahu tambah istilah2 baru kedalamnye.. org putih sekalipun pun masih meminjam perbendahraan kata dari asal perkataan itu.. contoh, algebra diubahsuai dari aljabar yg berasal dari perkataan arab hatta durian sekalipun diorang tak dapat cari perkataan sesuai selain meminjam dari bahasa melayu... so jgn la jadikan itu alasan utk tidak menggunakan bahasa melayu dan menafikan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu... kalau ader anak melayu tak fasih berbahasa inggeris dan diketepikan dari pasaran kerja, itu salah diorang sendiri bukan salha pengajaran Sains dan math dalam bahasa melayu.. contoh yg terbaik la, org2 utara dan kelantan sendiri walaupun dah bertahun duduk kat KL atau negeri2 yg tak gunakan slang diorang, diorang masih tak de inisiatif utk menggunakan bahasa melayu standard.. dok pakai slang diorang.. so bagi aku itu lebih kepada sikap kita sendiri buakn pasal pengajaran tue... kenapa sebab nila setitik kita nak korbankan seluruh sistem kita??? (bila bab tukar kerajaan pandai lak diorang kata, jgn sebab ader politician dari parti diorang kuat rasuah kita kena tukar seluruh kerajaan kepada kerajaan baru... hehehe)
pikir2kan lah...

p/s: ada sumber2 bagitau, peratus kelulusan dan gred bagi setiap mata pelajaran dikaji setiap tahun.. contoh.. tahun lepas bagi subject math, utk 1A dalam SPM 90% tapi tahun nie pasal kurang org yg score gred tue diturunkan kepada 85% bagi 1A.. begitujugak dgn (zaman aku dulu P8) cukup2 makan lulus.. contoh nyer dari 40% tahun lepas, pasal tahun nie ramai tak lepas markah tue, diturunkan ker 35%.. tak tau la betul ker tak tapi bende nie aku dgr dari zaman aku sekolah dulu... kalau betul maknanyer statistik Hishamuddin bagi pasal PPSMI baru nie tak la pakai la ek?? apa kata SURVEyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy......... hehehe

1 comment:

malay-machista said...

bro,
memang betul peratus bagi gred dan kelulusan bagi setiap mata pelajaran untuk SPM tidak fixed. ia flexible, berdasarkan pelbagai "kehendak". tak perlulah sesiapapun menafikannya. buktinya, semua pemeriksa semua kertas SPM tidak menganugerahkan gred pada kertas2 yang diperiksanya. bagi markah sahaja. gred, LPM yang tentukan. itu satu.
yang kedua, beranikah LPM menafikan bahawa skema pemarkahan bagi mp math dan science adalah longgar? berani nafi tak? jika pelajar menjawab dalam dwi-bahasa untuk satu soalan, markah akan diberikan pada kedua-dua jawapan, dan markah tertinggi akan dipilih. berani nafi tak?
jika pelajar menjawab dengan hancus sesuatu soalan dalam bahasa inggeris, markah akan diberi sekiranya istilahnya betul, meskipun ayatnya tak make sense langsung. berani nafi tak?
pelajar yang menggunakan walau seayat bahasa inggeris untuk jawab soalan math dan science, akan dikira menjawab dalam bahasa inggeris dalam data yang dikutip untuk kajian. berani nafi tak?
data-data yang dikutip dari sekolah2 untuk tujuan kajian ada unsur2 manipulasi oleh guru-guru yang penakut, dan selfish...berani nafi tak?
penipu je semua geng2 hisham tu. paling aku marah dengan pegawai kerajaan yang tidak berani bercakap benar!