Siapa Kartika Sari?? Read on...
SUNGAI SIPUT: Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, yang sepatutnya dibawa ke Penjara Wanita Kajang bagi menjalani hukuman sebat kerana meminum arak, dibebaskan.
Seorang pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) berkata, perintah tahanan terhadap wanita itu tidak boleh dilaksanakan.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada hukuman itu dibatalkan atau ditangguhkan.
Kartika Sari yang kelihatan terkejut dengan keputusan itu, bagaimanapun enggan keluar dari van JAIP dan mendesak supaya beliau dibawa untuk menjalani hukuman.
Bapanya, Shukarnor Mutalib, berkata sebarang perubahan hukuman hanya akan mempersendakan Islam.
Kartika dijatuhkan hukuman maksimum enam sebatan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan selepas mengaku salah minum arak di pusat hiburan di Cherating, dua tahun lalu.
Sebelum itu, tiga pegawai JAIP datang menjemput Kartika di rumah ibu bapanya di sini dengan sebuah van.
Kartika ditemani kakaknya, Kartina Sari Dewi, 34. - Sumber berita harian terkini - 24 August 2009, 2.00 ptg...
Bukan sengaja aku nak hentam kerajaan.. tapi ini adalah antara contoh perkara yg tak sepatutnyer berlaku dalam kerajaan kita sekarang.. hatta kalau PAS berkuasa kelak. Aku percaya penangguhan/pembatalan hukuman ini atas desakan golongan2 berkuasa yang mengaku seorang Islam.. Contoh paling baru, Shahrizat Jalil yg keluar berita malam tadi yg mempertikaikan keberkesanan hukuman terbabit.. Itu belum lagi puak2 Sister In Islam lagi... ntah apa pulak diorang nak cakap berdasarkan hak asasi manusia konon pulak.. Utk geng2 nie, ingat la beb.. setiap hukum yg ALLAH turunkan ader pengajaran yg tersirat yg perlu kita hayati.. bukan semua hukum ALLAH tue dapat kita justify dengan logik akal.. yg penting kita beriman dgnNya dan patuh segala hukumNYA.. Bila TG Nik Aziz kata UMNO tak masuk syurga hampa dok melenting tapi sebagai pemimpin inilah antara perkara yg akan mendelaykan kemasukan anda semua ke syurga.. Tuan Hakim kes Kartika nie mungkin dah lepas sebab dah jalankan tanggunjawab dia, tapi hampa sebagai pemimpin, kalau hampa terlibat hingga tertangguhnyer hukuman ini, jawab la soalan extra kat kubur sok...
Niat Kartika tue sewaktu meredhai hukuman sebat keatasnyer dah bagus dan betul, tapi andai tak terlaksana hukuman tue keatas kartika, dan bila di akhirat esok Kartika masih tak terlepas dari hukuman Allah, jgn terkejut kalau kita semua (especially pemimpin)terheret sama dan dapat saham kerana gagal melaksanakan hukuman tuh.. bukan ugut beb tapi itu janji Tuhan kat kita..
Kepada Dato Sharizat Jalil, Sisters In Islam, orang yg mengeluarkan perintah penangguhan hukuman dan so called pejuang2 hak asasi wanita dalam Malaysia, INSAFLAH.. MENGUCAP BALIK 2 KALIMAH SHAHADAH.. BERTAUBAT.. SEMOGA ANDA DIAMPUNKAN ALLAH.. dah lah hudud tak mampu kita laksanakan di negara Islam kita nie, bila Hakim mahkamah syariah kita jatuhkan hukuman yg hampir kepada hudud (atau hukum qias) kita cuba pulak sedaya upaya menghalang.. semoga kita seluruh rakyat Malaysia diampunkan ALLAH..
Wallahua'lam bissowab...
Footnote: Apakah ader kaitan semua nie dgn gerakan Freemason di Malaysia? Bukti sedang dikumpulkan namun setakat ini amat mengerikan... Siapa yang terlibat?? Berapa rahsia gerakan ni di Malaysia?? Anggota kehormat?? Akan dijawab setelah dapat maklumat..
No comments:
Post a Comment