Thursday, February 04, 2010

CERITA LAWAK DALAM PAPER

Cerita lawak aku berbunyik begini:


Saiful: Saya lalu pos pengawal, saya berhenti dan tidak beritahu nak ke mana tapi cuma katakan 'Mokhtar'. Saya telah pergi beberapa kali ke sana dan saya hanya perlu kata demikian.
Yusof: Kemudian?
Saiful: Saya letak kereta di tempat pelawat di B4 dan terus masuk lif ke tingkat atas sebelum terserempak dengan seorang lelaki tapi tidak berapa cam lelaki itu. Saya kemudian naik ke unit 11-5-1.
Yusof: Apa yang kamu nampak?
Saiful: Saya melihat Anwar duduk di meja makan. Saya masuk dan duduk di hadapannya sebelum serahkan dokumen.
Yusof: Kemudian?
Saiful: Kami bincang tentang jadual kerja tapi tak lama selepas itu Anwar tanya satu soalan dalam Bahasa Inggeris: "Can I **** you today?"
Yusof: Apa reaksi kamu?
Saiful: Saya marah dan takut, saya menolak pelawaan Anwar dan saya kata tidak mahu.
Yusof: Apa Anwar kata?
Saiful: Dia dengan nada marah berkata: "Why?" Saya kata perkara sama, saya tak sanggup melakukan tapi dia marah lagi. Saya yang takut kemudian diarahkan masuk ke bilik tidur utama.
Saya mengikut permintaan Anwar masuk ke bilik tidur. Anwar pergi ke hujung bilik dan tutup langsir sebelum datang balik untuk tutup lampu bilik.
Yusof: Gelap tak?
Saiful: Gelap tapi masih ada cahaya dari celah langsir. Anwar arahkan saya bersihkan diri dalam tandas. Saya buka pakaian dan masuk ke dalam tandas untuk membasuh badan.
Saya ambil tuala dalam tandas dan keluar sambil bawa baju kemeja untuk digantung pada tempat pemegang. Saya nampak Anwar di hujung penjuru katil.
Anwar berdiri dengan bertuala putih dan arahkan saya datang kepadanya. Anwar kemudian peluk saya sambil berdiri.

Bagi aku ini cerita lawak... Kalau pun betul Anwar bersalah meliwat si penuduh tanpa kerelaan, aku tertanya2... Apakah semurah itu maruah seorang manusia? Hanya dengan satu tengkingan dari bos, terus bagi bontot... Aku sekarang nie pun keje makan gaji gak.. tapi dari pengalaman aku lah, kalau aku tak setuju sesuatu perkara aku bergaduh @ meninggikan suara aku and aku terus angkat kaki... tak tunggu de... ini tak.. dalam pada tak setuju, siap pegi bilik air, mandi, sangkut baju elok2 pastu kena tala... Logik ker?? Atau pun, dia sendirik yg pergi rogol org tua tuh?? hehehehe... Oleh kerana tak puas dia gi report kata dia kena tala?? Ader tak kemungkinan tuh?? hummmmmmmm..... hehehehe....

Secara peribadi lah.. kalau pun betul Anwar bersalah dalam kes pertama 1998, takkan dia sebodoh itu utk mengulang perbuatan yg sebegitu 10 tahun selepas terkantoi kali pertama... Dia tahu kedudukan dia sekarang sebagai Ketua Pembangkang yg mana ramai org akan cuba cari keburukan peribadi dia utk menjatuhkan dia.. So berpikir secara neutral (jgn ikut kata hati yg membenci dia.. pesanan ikhlas utk ahli2 PEKEMBAR), logik ker??? takkan dia nak ulang balik kes sama yg hampir mengantoikan diri dia seumur hidup... dia pun dah umur 63 bang.. kalu kantoi kena plak 20 tahun sempat ker dia nak kuar jail?? so aku tak pikir la dia sebodoh itu... Geng2 PEKEMBAR dok kata Anwar kaki putar, kaki belit, suka mengambil kesempatan atas setiap isu politik and so on... so secara tak langsung anda mengiktiraf kepandaian Anwar.. so lu orang ingat Anwar nak buat keje bodoh yg boleh menjatuhkan diri dia sendiri?? Tak tahu lak aku kalau korang beranggapan Anwar sebodoh itu...

Org dah banyak persoalkan bende nie.. aku cuma recycle soalan org lain kat aku.. "Logik ker budak muda, tgh kuat umur tgh 20an kena rogol dgn org tua umur 61.. kalau budak pompuan umur 5 tahun aku percaya.. nie jantan umur 20an... tak logik".. itu kata org... Kata si Yg Terkena," saya kena marah.. saya takut so saya ikut jer lah kata dia".. sungguh bernas alasan dia... Berapa gaji yg dia dapat as Pembantu Peribadi agaknyer yer... Dengan kata tak berlapik dari aku.. Semurah itu ker maruah seorang lelaki di zaman ini??? Gaji bulanan dalam 2000 ker 3000 and satu tengkingan dari bos...

Entah lah apa nak jadi dengan dunia kita yerk.....

No comments: