Tuesday, January 26, 2010

SDAR AMONG 20 FIRST SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI



Kumpulan pertama Sekolah Berprestasi Tinggi diberi autonomi

PUTRAJAYA: Misi mengangkat sekolah negara ini ke taraf dunia bermula semalam dengan pemilihan kumpulan pertama 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang menyaksikan pengetua dan guru besar diberi autonomi tambahan dalam pengurusan kurikulum, kewangan dan kakitangan.

Autonomi itu antara lain memberi kelonggaran memanjangkan waktu persekolahan, menamatkan tempoh persekolahan pelajar cemerlang setahun lebih awal, mengagihkan kewangan mengikut keperluan serta mengambil kakitangan berdasarkan pencapaian dan bukan kekananan.




Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata SBT dibimbing dan dipantau secara khusus menjamin berlaku lonjakan prestasi secara berterusan.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata penilaian SBT akan dibuat berdasarkan laporan tahunan petunjuk keberhasilan dan pemeriksaan sekolah mengikut Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang diubah suai.

Beliau bagaimanapun menjelaskan SBT bukan sekolah elit untuk sebilangan kecil pelajar, sebaliknya semua sekolah mempunyai peluang sama dan boleh bersaing ‘di padang sama rata’ bagi mendapat pengiktirafan itu.


SEKOLAH Kebangsaan Bandar Uda 2, Johor Bahru antara yang terpilih Sekolah Berprestasi Tinggi.

“Tahun ini kita sasarkan 20 sekolah mengikut sub Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) kementerian, manakala 30 pada tahun depan dan 50 lagi pada 2012,” katanya pada sidang media mengumumkan senarai kumpulan pertama SBT yang meliputi 14 sekolah menengah (SM) dan enam sekolah rendah.

SM yang terpilih termasuk empat sekolah harian, iaitu SM Kebangsaan (P) Sri Aman, Petaling Jaya; SMK Sultanah Asma, Alor Setar; SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dan SMK (P) St George, Pulau Pinang.

Muhyiddin berkata, 20 sekolah berkenaan dipilih daripada 10,000 sekolah di seluruh negara berdasarkan kriteria tertentu termasuk menunjukkan pencapaian cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

Mengenai nasib sekolah pedalaman, Muhyiddin berkata, mungkin mereka akan menghadapi cabaran kerana kemudahan yang belum setara dengan sekolah bandar, tetapi tetap boleh diiktiraf sebagai SBT jika memenuhi kriteria.
"Ini bukan usaha jangka pendek dan tak mungkin semua 10,000 sekolah naik ke tahap begitu, di mana dunia pun tidak begitu, tetapi tak kira bandar, luar bandar atau pedalaman, kalau prestasi bagus dia akan diiktiraf SBT manakala kemudahan di pedalaman kita akan terus perbaiki," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kementerian belum ada mekanisme khusus mengenai langkah autonomi SBT yang membenarkan tempoh persekolahan ditamatkan setahun lebih awal bagi murid cemerlang.

"Panduan kasarnya ialah kerajaan berasakan pelajar cemerlang dibenarkan menamatkan persekolahan setahun lebih awal, tetapi ia akan bergantung kepada cadangan pengetua dan guru besar,” katanya.

SEKOLAH TERPILIH SBT

Sekolah Berasrama Penuh:
  • Sekolah Tun Fatimah (Johor Bahru)
  • Sekolah Dato’ Abdul Razak (Seremban)
  • Kolej Melayu Kuala Kangsar
  • Sekolah Seri Puteri (Cyberjaya)
  • Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (Jitra)
  • Kolej Tunku Kurshiah (Seremban)
  • Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang)
  • Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra (Perlis)
  • Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya)
  • SMS Muzaffar Syah (Melaka)


Sekolah Menengah Harian:
  • Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman (Petaling Jaya)
  • SMK Aminuddin Baki (Kuala Lumpur)
  • SMK Sultanah Asma (Alor Setar)
  • SMK (P) St George (Pulau Pinang)


Sekolah Rendah:
  • Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara (KL)
  • SK Taman Tun Dr Ismail 1 (Kuala Lumpur)
  • SK Bukit Damansara (KL)
  • SK Zainab (2) (Kota Bharu)
  • SK Convent Kota (Taiping)
  • SK Bandar Baru Uda 2 (Johor Bahru)


Sekolah diberi autonomi:
  • Fleksibel dalam pengajaran dan pembelajaran serta silibus bagi subjek wajib dan elektif
  • Boleh menggunakan bahasa pengantar bahasa kebangsaan atau pelbagai bahasa lain.
  • Kelonggaran menetapkan waktu pengajaran minimum sesuatu mata pelajaran.
  • Memanjangkan waktu persekolahan.
  • Membenarkan tempoh persekolahan bagi pelajar cemerlang ditamatkan setahun lebih awal (seperti kelas lompat).
  • Fleksibiliti untuk mengagihkan kewangan mengikut keperluan.
  • Pengecualian daripada perolehan secara berpusat.
  • Bajet tambahan antara RM500,000 hingga RM1 juta setahun.
  • Mengambil staf berdasarkan prestasi pencapaian dan bukan kekananan.
  • Boleh menyediakan bayaran kerja lebih masa dan ganjaran berdasarkan prestasi kepada semua staf.
  • Boleh memindahkan staf jika prestasi kurang memuaskan.
  • Pengagihan fungsi berdasarkan akademik dan bukan akademik.


Kriteria pemilihan SBT :
  • Pencapaian akademik yang cemerlang.
  • Melahirkan personaliti unggul.
  • Merangkul anugerah kebangsaan dan antarabangsa.
  • Mewujudkan jalinan dengan institusi pengajian tinggi.
  • Mempunyai permuafakatan jitu dengan masyarakat serta jaringan kukuh dengan sekolah tempatan dan antarabangsa.
  • Menjadi penanda aras kepada sekolah dalam dan luar negara.
berita di petik dari Berita Harian 26 January 2010

Hehehe... banggo boto den pasal dapek jadi sebahagian dari warga SEKOLAH DATUK ABDUL RAZAK, SEREMBAN.. CONGRATULATIONS TO ALL SDARIANS...

ONCE A SDARIAN ALWAYS A SDARIAN 

Monday, January 25, 2010

FREEMASON DAN AJL ke24???

Kecoh baru nie pasal Anugerah Juara Lagu ke 24 yang dikatakan berkait dgn pergerakan Freemason.Kebanyakan kita mengulas persamaan2 yang terlihat sebagai kebetulan.. tapi bagi aku ia satu perancangan yg amat rapi yang bermula sejak ratusan tahun dulu.. sebelum kita benar2 terbuka mata dengan agenda2 freemason, illuminati dan kawasan2 sewaktu dgnnyer...
Tahukah anda:
1) ahli2 freemason malaysia amat berbangga mendedahkan bahawa 3 orang x-sultan kita adalah ahli freemason?..
2) kebanyakan lambang2 jata negeri dan bendera negeri dalam malaysia terdapat lambang2 freemason?
3) Francis Light (org yg dikatakan membuka Pulau Pinang) datang ke Pulau Pinang membawa misi freemason?
4) Ader dikalangan ahli politik Malaysia adelah anggota freemason? Walau tidak dinyatakan secara jelas siapa mereka ini, tapi aku pernah terbaca pengakuan mengenainyer dari ahli2 freemason di Malaysia
5) Hiburan adalah antara media yang digunakan oleh Masonic utk switch fokus kita dari sesuatu yang berpekdah kepada sesuatu yang mampu melemahkan tumpuan kita memajukan diri, meninggalkan ilmu dan mengabaikan tanggungjawab beragama.

Jadi bagi aku, kebanyakan kejadian atau persamaan yang kita kata secara kebetulan bukanlah kebetulan.. Ia adalah perancangan teliti utk membiasakan kita menerima kemunculan puak2 freemason di Malaysia... Bila dikatakan mengenai checkered floor.. memang aku baru perasan.. then lebih jelaslah apa yang ditonjolkan dikalangan anak2 muda remaja kita sekarang... bebudak skang nie aku tgk ramai yg dok guna segala mcm bender dgn checkered color nie.. memang akidah kita tak lari kalau guna bende2 yg ader iras nie tapi perlu difahami itu ler cara freemason bergerak.. tujuannyer nanti bila diorang sampai secara besar2an kita tak mampu membezakan diorang dgn org kita pasal segala perlambangan telah kita terima masuk dalam norma kehidupan seharian kita...

apa yang perlu kita tahu, masonic dimana2 negara sekalipun akan mensasarkan golongan2 decision maker, ahli2 hiburan dan penguasa2.. atas nama persaudaraan masonic, mereka setakat ini berjaya membentuk satu jajaran kuasa yang terselindung dan tanpa disedari oleh masyarakat banyak... So adalah "TIDAK MUSTAHIL" utk aku katakan, kemungkinan ada event management personnel yang bertanggungjawab dalam menguruskan AJL ke 24 adalah mereka yg berideologi atau terlibat atau secara sedar mengetahui dan berniat utk membudayakan dan mengharapkan penerimaan masyarakat kepada nilai2 freemason memandangkan mereka adalah tergolong dalam kumpulan sasaran ideologist freemason...

aku sebelum nie sering tertanya sendiri: betul ker Hitler mengarahkan pembunuhan Yahudi secara pukal masa WW 2? Siapa disebalik arahan Hitler itu?? Sebelum berjumpa artikel yg akan aku pastekan kat bawah, aku secara personal percaya ader Yahudi yang terlibat meracuni pemikiran Hitler dgn satu tujuan: Merampas sebahagian tanah Palestin utk dijadikan pusat kebangkitan Yahudi. Teori aku bulih dikatakan betul lepas aku jumpa artikel nie dari http://www.theforbiddenknowledge.com/hardtruth/freemasons_control_world.htm . Tak caya korang baca:
There is evidence that Hitler was being fed anti-semitic information by the Freemasons and that Hitler retaliated to the infiltration of his intelligence agencies
by forming the SS to weed out the Masons from his "Inner Circle". Hitler even
went so far as to persecute and chase down Freemasons throughout Europe. This
might sound a little strange after I just pointed out that the Freemasons financed
Hitler, but there is evidence to suggest Hitler was becoming aware of this
manipulation and became a threat to the Masonic power structure, which then
decided to have him removed from power. This is the same tactic the Masons
used on Napolean Bonaparte. Masons were raided by Nazis in Europe during
WWII. There is even evidence to suggest that the Nuremburg trials were not
formed to persecute the Nazis that killed the Jews, but to get even with the Nazis
who persecuted Freemasons, and the Jewish issue was just another manipulation
by the Freemasons


Kalau kita bukak minda kita secara lebih luas dan terkini, peristiwa 9/11 yg dijadikan modal US utk attack Afghanistan adalan sama modus operandinyer dgn yg terjadi dgn artikel diatas.. Sah Yahudi atau dgn lebih tepatnyer golongan Masonic rela mengorbankan org2 mereka utk kepentingan mereka kemudian hari... Kaitannyer disinni dgn peristiwa AJL bukan pasal kita nak gi perang tapi apa yg perlu kita lihat adalah bagaimana diorang mengeksploitasi situasi utk menguatkan atau menormalkan penerimaan kita kepada nilai2 dan keinginan puak2 freemason ini...

Aku jugak sebenarnyer ader teori utk mengaitkan gerakan freemason ini dgn perkembangan politik tanahair kita... tapi biarlah dulu.. akan aku postkan dalam tulisan yg lain nanti...

KESIMPULANNYA: BERHATI DGN SEGALA YG DATANG DARI BARAT ESPECIALLY DARI US. KERANA PERLU ANDA TAHU ANTARA ORG2 YG BERTANGGUNGJAWAB MENGASASKAN NEGARA UNITED STATES OF AMERICA, MENANDATANGANI PERISYTIHARAN KEMERDEKAAN NEGARA ITU ADALAH BENJAMIN FRANKLIN YG JUGAK SEORANG ANGGOTA TERTINGGI FREEMASON...

Thursday, January 21, 2010

Bolasepak Malaysia... BODOH PUNYER FAM

Harimau Muda tiada pilihan lain
Oleh Harris Rajahdin
harajah@bharian.com.my

PEMAIN Harimau Muda Izzaq Faris Ramlam (kanan) cuba dihalang pemain Khalsa Lion, Parminder Singh ketika perlawanan persahabatan di Padang Kilat, semalam.

Azraai terpaksa akur lawan skuad bertaraf sekolah rendah

APA nak jadi dengan nasib skuad bawah 21 tahun kebangsaan yang lebih dikenali Harimau Muda senior?

Sudahlah tidak dibenarkan beraksi dalam Liga Super kemudian ditolak penyertaan dalam Liga Super, kini dipalit aib bermain dengan pasukan bertaraf sekolah rendah.

Itulah hakikat yang terpaksa ditelan jurulatih Harimau Muda, Mohd Azraai Khor yang bersetuju untuk menerima pelawaan Khalsa Lions dari Melbourne, Australia untuk mengadakan perlawanan persahabatan di Padang Kelab Kilat, petang semalam.

Bergelar juara treble, pasukan yang baru dua tahun ditubuhkan di bawah Persekutuan Punjabi Victoria, Australia itu jelas bukan saingan buat skuad kebangsaan yang mudah meraih kemenangan 4-1, sungguh pun ia seharusnya mencecah dua angka.

Dengan penjaga gol Khalsa yang bertubuh comel menghadapi kesukaran untuk menyepak melepasi garisan tengah, ia adalah sukar untuk mempercayai pelawat yang tiba ke Malaysia sebagai persiapan bagi menghadapi kejohanan di India itu mampu menjaringkan gol sagu hati.

Walau pun tidak memberikan saingan, skuad negara tetap sukar untuk menembusi pertahanan dibantu kegopohan barisan depan dengan babak pertama berakhir tanpa jaringan sebelum Shakir Ali meledakkan hatrik pada separuh masa pertama.

“Daripada mereka bermain sesama sendiri, sekurang-kurangnya perlawanan sebegini memberi mereka peluang menguji diri. Itulah perkara positif yang boleh saya katakan,” adalah rumusan Mohd Azraai selepas perlawanan berkenanaan.

Khalsa Lions sebenarnya dijadualkan bertemu Selangor namun atas sebab-sebab tertentu, Persatuan Bola Sepak Selangor membuat keputusan untuk membatalkan temu janji itu dengan Mohd Azraai menerima dengan tangan terbuka kehadiran mereka berikutan ketiadaan aksi yang dijadualkan buat mereka.


KBS dah bagi RM 10 juta utk pembangunan bolasepak remaja... tapi sayangnyer ini jer yg mampu FAM bagi utk skuad U-21 Malaysia... Pastu bila skuad nie fail utk raise to a better level, rombak atau bubar skuad... Mcm mana kita nak maju...

Byk kali dan kebanyakan expert bolasepak negara dah bagitau, latihan semata2 sepanjang tahun tak sama dgn biar bebudak nie join competitive game... nampaknyer FAM nie semua buta tuli... KBS pun sebenarnyer sama... dok sibuk nak hantar skuad SUKAN SEA hari tue gi training kat Europe.. setakat training nak buat apa bang... kalau korang bulih assure player yg korang hantar tue main first eleven dalam european punyer competitive league tak pe.. ini setakat diorang dok sana mengabioh kan boreh baik tak yah.. lebih baik biar diorang man M league daripada duk melangut kat europe... BODOH BETULLAH DIORANG nie...