Thursday, January 21, 2010

Bolasepak Malaysia... BODOH PUNYER FAM

Harimau Muda tiada pilihan lain
Oleh Harris Rajahdin
harajah@bharian.com.my

PEMAIN Harimau Muda Izzaq Faris Ramlam (kanan) cuba dihalang pemain Khalsa Lion, Parminder Singh ketika perlawanan persahabatan di Padang Kilat, semalam.

Azraai terpaksa akur lawan skuad bertaraf sekolah rendah

APA nak jadi dengan nasib skuad bawah 21 tahun kebangsaan yang lebih dikenali Harimau Muda senior?

Sudahlah tidak dibenarkan beraksi dalam Liga Super kemudian ditolak penyertaan dalam Liga Super, kini dipalit aib bermain dengan pasukan bertaraf sekolah rendah.

Itulah hakikat yang terpaksa ditelan jurulatih Harimau Muda, Mohd Azraai Khor yang bersetuju untuk menerima pelawaan Khalsa Lions dari Melbourne, Australia untuk mengadakan perlawanan persahabatan di Padang Kelab Kilat, petang semalam.

Bergelar juara treble, pasukan yang baru dua tahun ditubuhkan di bawah Persekutuan Punjabi Victoria, Australia itu jelas bukan saingan buat skuad kebangsaan yang mudah meraih kemenangan 4-1, sungguh pun ia seharusnya mencecah dua angka.

Dengan penjaga gol Khalsa yang bertubuh comel menghadapi kesukaran untuk menyepak melepasi garisan tengah, ia adalah sukar untuk mempercayai pelawat yang tiba ke Malaysia sebagai persiapan bagi menghadapi kejohanan di India itu mampu menjaringkan gol sagu hati.

Walau pun tidak memberikan saingan, skuad negara tetap sukar untuk menembusi pertahanan dibantu kegopohan barisan depan dengan babak pertama berakhir tanpa jaringan sebelum Shakir Ali meledakkan hatrik pada separuh masa pertama.

“Daripada mereka bermain sesama sendiri, sekurang-kurangnya perlawanan sebegini memberi mereka peluang menguji diri. Itulah perkara positif yang boleh saya katakan,” adalah rumusan Mohd Azraai selepas perlawanan berkenanaan.

Khalsa Lions sebenarnya dijadualkan bertemu Selangor namun atas sebab-sebab tertentu, Persatuan Bola Sepak Selangor membuat keputusan untuk membatalkan temu janji itu dengan Mohd Azraai menerima dengan tangan terbuka kehadiran mereka berikutan ketiadaan aksi yang dijadualkan buat mereka.


KBS dah bagi RM 10 juta utk pembangunan bolasepak remaja... tapi sayangnyer ini jer yg mampu FAM bagi utk skuad U-21 Malaysia... Pastu bila skuad nie fail utk raise to a better level, rombak atau bubar skuad... Mcm mana kita nak maju...

Byk kali dan kebanyakan expert bolasepak negara dah bagitau, latihan semata2 sepanjang tahun tak sama dgn biar bebudak nie join competitive game... nampaknyer FAM nie semua buta tuli... KBS pun sebenarnyer sama... dok sibuk nak hantar skuad SUKAN SEA hari tue gi training kat Europe.. setakat training nak buat apa bang... kalau korang bulih assure player yg korang hantar tue main first eleven dalam european punyer competitive league tak pe.. ini setakat diorang dok sana mengabioh kan boreh baik tak yah.. lebih baik biar diorang man M league daripada duk melangut kat europe... BODOH BETULLAH DIORANG nie...

No comments: