Kecoh kat paper skang nie pasal pendedahan isu 16 Septmeber 2008 oleh DS Zahrain di parlimen. Berikutan itu kecoh ler pemuda2 PEKEMBAR membuat laporan polis pasal perkaitan DYMM Yang Dipertuan Agong dan ATM. Besides, org2 PEKEMBAR dan akhbar2 seluruh negara sibuk memuji ahli2 mereka yang dipancing pasal tak ikut ajakan DS Anwar itu. Ader jugak penafian yang mereka dijemput oleh Ku Li. Pandangan aku:
1) Pendedahan ini secara tak langsung menunjukkan satu perkara penting. Dari cerita DS Zahrain itu, tak de wang atau kedudukan yang ditawarkan kepada mereka2 yang dipelawa utk melompat ni. Kalau ader tapi tak diceritakan aku sgt2 merekemen kepada Datuk Puad Zarkashi utk membuat laporan kepada SPRM pasal as for now, dia dah mengaku ditawarkan utk berubah angin. Dan andainya berlaku tawaran jawatan atau kewangan sudah sewajibnya laporan dibuat dan tindakan diambil. Perlu diingat ketika dia ditawarkan berubah angin, dia telah menjawat jawatan timbalan menteri. Kita compare dgn trend ahli politik pembangkang (especially PKR) yang melompat jadi bebas. Segelintirnyer melompat setelah dituduh atas sesuatu. 2 orang di Perak lepas dituduh rasuah (bukan calang2 punyer rasuah bang, rasuah seks tue....), lepas masuk court, hilang tanpa dikesan and finally switch to bebas... 1 di Penang lepas ditegur pasal dah jadi TKM tapi org pengundi susah nak jumpa. Letak jawatan TKM and ADUN and switch party lepas beberapa bulan... 1 di Selangor khabarnyer lebih kurang sama jer dengan yg kat Penang... cuma dia masih bebas... tak join mana2 party... Kalau aku jadi ahli parlimen BN pun aku takkan switch selagi government tak bertukar.. kena plak DS Anwar bukan bulih offer aku duit RM juta2 pun... hehehehe... Dia sendiri kalau tak silap aku tgh nak masuk court pasal IGP nak sue dia RM 100 Juta...
2) Secara logiknyer bagi aku, kalau DS Anwar nak ambik alih gomen memang dia kena jumpa DYMM Agong.. Isi perbincangan mungkin mcm nie : Andai kata patik dapat sokongan majoriti, adakah tuanku akan support patik untuk membentuk kerajaan baru? dan tentulah DYMM agong akan berkata : Andai DS dapat majoriti beta tak de masalah utk DS membentuk kerajaan.. So aku tak nampak masalah bila mana DSAI kata dia dapat support dari DYMM Agong pasal DYMM Agong sebagai org yg sgt berkecuali akan sentiasa support mana2 pihak yg dapat majoriti dalam parlimen.. Salah ker sampai report polis kena dibuat??? ker saja nak kasi kecoh utk politik punyer isu jer??? Maklum ler, rakyat marhaen mcm aku nie kan tak reti apa....
Penglibatan ATM pun sama jugak.. Tue sebab Panglima Angkatan Tentera cakap dia tak pernah bagi support utk ambik alih gomen.. pasal diorang duduk bawah pemerintahan DYMM Agong... yang diktakan support oleh DSAI adalah (pada pandangan aku) : Andai kata DSAI dapat majoriti dan mengambik alih gomen, ATM takkan melancarkan rampasan kuasa, mengisytiharkan darurat atau lain2 tindakan yg bulih menjatuhkan gomen yg baru dibentuk itu... Bagi aku itu yg Anwar maksudkan.. Dan aku tak pikir ahli2 PEKEMBAR tak pikir apa yg aku pikir...
Bagi aku ler, ahli2 PEKEMBAR sepatutnyer membuat laporan SPRM atau Polis atas kemungkinan wujudnyer cubaan rasuah dengan pendedahan ini.. Suspek dah ader, saksi dah ader.. so siasat atas perkara ini... bukan atas perkara no 2 diatas.... so kat sini sama2 la kita pikir dimana sebenarnyer tahap pemikiran org2 PEKEMBAR...
UTK DS ANWAR: Most people dalam PKR adalah bekas2 ahli PEKEMBAR. DS sepatutnya dah menjangka yg mereka2 ini amat susah utk dipisahkan dari budaya PEKEMBAR... Beberapa org kuat DS sebelum nie keluar parti and rejoin PEKEMBAR pasal diorang susah nak cari makan bila duduk dalam PKR.. ader segelintir dapat jadi wakil rakyat, buat perangai mcm org2 PEKEMBAR yg lain.. DS sepatutnyer cari balik org2 yg terlibat dgn gerakan REFORMASI dulu yg betul2 nak berjuang utk rakyat, bukan bekas2 pemimpin PEKEMBAR yang kecewa kerana tak mendapat tempat dalam PEKEMBAR... Ahli2 gerakan REFORMASI ini tak pernah minta jawatan tapi andai mereka diberikan jawatan dgn tekad nerjuang utk rakyat, Insya ALLAH mereka akan melaksanakan tugas sebaik mungkin... Bersihkanlah org2 X-PEKEMBAR yg kecewa ini dari PKR kalau PKR benar2 mahu menyediakan rakyat dengan satu kerajaan alternatif yg benar2 efektif, bersih, bulih dipercayai, amanah dan berdaya tahan.... Kalau tidak, PKR hanya akan dikenang sebagai "Semangat 46 versi Anwar Ibrahim"...
No comments:
Post a Comment