Apa itu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)?
KSSR ini adalah satu penyusunan semula dan penambahbaikan kurikulum bagi sekolah rendah bagi melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif dan kritis serta inovatif. Mana aku dapat ni? Cuba klik: sini
Kenapa aku buat posting ni? Aku ni cikgu ker? Bukan. Aku bukan cikgu tapi aku harap dengan buat posting ni aku boleh lebih clear dengan apa itu KSSR. Lagi satu aku nampak banyak complain dari rakan-rakan pesbuk yang KSSR ni tak mesra pelanggan. Nak menyatakan pandangan peribadi aku dalam wall diorang rasa tak patut pulak sebab pandangan peribadi aku tak semestinya sama dengan pandangan diorang.
Dari lawatan ringkas aku ke website KSSR ni, bagi aku dasar yang ditetapkan kerajaan ini amat baik untuk perkembangan modal insan negara kita. Cuba tengok matlamat dia: MELAHIRKAN INSAN YANG SEIMBANG, BERFIKIRAN KREATIF DAN KREATIF SERTA INOVATIF. Ya, kalau sejak dari kecil kita tak latih anak-anak kita untuk semua ni, kita takkan dapat maju dalam erti kata yang sepatutnya.
Kesan ni sebenarnya nampak dalam beberapa agensi terutama sekali agensi-agensi besar negara kita. Ramai pekerja-pekerja kita hari ini takut untuk membuat keputusan berdasarkan keadaan semasa. Mereka lebih selesa untuk mengikut saja apa yang dah tertulis dalam buku. Mungkin salah satu sebabnya adalah tidak mahu dituding kemudian hari jika berlaku kesilapan. Kenapa pemikiran macam tu (takut kalau silap) mesti ada? Bagi aku, kita kena berani buat keputusan dan pertahankan keputusan itu. Tapi semestinya keputusan mesti disertai fakta yang baik. Kalau dah ada fakta yang baik, kenapa kena takut untuk kemukakan pandangan dan membuat keputusan? Ini, mungkin tak ketara tapi bagi aku disebabkan oleh sistem kita yang mengukur kejayaan kita melalui keputusan peperiksaan semata.
Kefahaman aku, dengan KSSR, anak-anak kita akan dipantau sepanjang tahun dan akan digredkan pencapaian melalui band-band atau tahap-tahap 1 hingga 5 (ker 6?) dimana band/tahap 1 adalah yang terendah dan 5 yang tertinggi (atau sebaliknya, tak sure). Penilaian dan penggredan ini adalam berdasarkan keupayaan seseorang murid menguasai 4 perkara dasar bagi perlaksanaan KSSR iaitu Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul (membuat pertimbangan). Murid jugak akan dinilai berdasarkan keterlibatan dalam aktiviti ko-kurikulum. Ini untuk memastikan matlamat melahirkan modal insan yang seimbang dapat dicapai (pergh macam pegawai kerajaan la aku menulis... kekekeke)... Oleh itu, dengan sistem baru ini, anak-anak kita takkan ada lagi kedudukan no 1 dalam kelas atau nombor corot berdasarkan keputusan peperiksaan. Mereka juga takkan ada kertas keputusan ujian yang menunjukkan markah peperiksaan mereka. Bagi aku secara peribadi, ia baik untuk tidak menekan murid-murid seawal usia mereka.
Kenapa aku kata mereka akan tertekan dengan sistem peperiksaan? Cuba kita check diri kita. Bila anak-anak kata diorang akan ada peperiksaan, apa expectation kita? Bila dapat kertas peperiksaan, apa yang kita tengok? Bila keputusan keluar, apa yang kita tanya? Dengan apa kita compare pencapaian anak kita? Aku tanya, aku jawab. Komen kalau aku jawab tak betul. Kita selalunya akan tengok markah peperiksaan. Bila keputusan penuh, kita tengok pulak markah keseluruhan dan peratusan. Kita compare pulak dengan kedudukan mereka dalam kelas. Satu benda yang kita tak boleh nafikan wujud dalam setiap individu adalah kehendak untuk impressed their loved one. Termasuk anak-anak kita. Bila dia tunjuk results kat kita dia nak tunjuk yang dia dah buat yang terbaik. Tapi kalau dia dapat nombor corot, dia akan rasa rendah diri. Even diorang punya tertekan tak sama dengan kita, tapi they will have the pressure with them for next exam.
Ada sesetengah parents kata, "kalau tak tau berapa peratus anak aku dapat masa exam, mana nak tahu mana kelemahan mereka?". Kata aku pulak, kenapa kita nak kenal pasti kelemahan anak kita yang darjah 1 atau 2 nie dengan peratusan peperiksaan? It looks like kita melepaskan seluruh tanggungjawab mendidik anak-anak kepada cikgu-cikgu kat sekolah sedangkan tugas mereka sebenarnya membantu kita. Cikgu ajar anak-anak kita mengenal huruf, kita kat rumah asah balik. Anak-anak buat kerja rumah, kita pantau. Mana yang dia confuse kita tolong. Dari situ aku percaya, apa juga penilaian yang datang dari guru even tanpa peratusan peperiksaan kita akan lebih tahu apa kelemahan dan apa kelebihan anak-anak kita. Memang kita sibuk dengan urusan kerja terutama sekali pekerja-pekerja swasta kat KL ni (macam aku), tapi aku percaya kita kena spend juga sedikit masa untuk anak-anak kita. Personal touch sebagai parent penting bro... Jadi, dengan KSSR ni guru hanya akan bagitahu kita band/tahap pencapaian anak-anak kita bagi setiap subject. Kalau dia kata BM anak kita pada band 3, bersesuaian dengan tahap yang digariskan untuk murid-murid tahun 1, maka bermakna anak kita tak da masalah untuk menguasai pelajaran tu. Jadi, kita sendiri takkan put on unnecessary pressure untuk anak-anak kita. Would that make any difference to examination base evaluation? My answer is yes.
Aku pernah nampak dan pernah tengok parent hantar anak ke tuisyen seawal tahun 2 untuk memastikan anak dia dapat score masa peperiksaan. Dia mengukur tahap pencapaian anaknya berdasarkan keupayaan untuk score masa exam dan pencapaian peratusan markah rakan-rakan anaknya yang lain. Bagi aku, perkara macam ni amat tidak sihat untuk perkembangan minda anak-anak. Ini yang akhirnya melahirkan masyarakat yang tak mampu berfikir secara creative dan inovatif serta takkan mampu membuat keputusan yang tepat. Masyarakat yang hidup berlandaskan buku tanpa ada pertimbangan kemanusiaan. Actually skang pun dah banyak beb, sebab sistem nie dah berjalan sekian lama cuma ia bertambah teruk sekarang.
Ada aku tengok feedback dari sesetengah guru jugak tak baik on this. Tak tahu lah aku samada aku yang salah faham dengan tujuan dan dasar perlaksanaan KSSR nie atau guru yang merungut tu yang tak faham kenapa Kementerian Pelajaran memperkenalkan dasar ni. Pandangan masing-masing berbeza. Memang ada sesetengah perlaksanaan program Kementerian Pelajaran ni yang tak sesuai dan aku jugak akan kritik tapi yang ini aku akan support sampai aku boleh jumpa kelemahan sistem yang tak mahu diperbaiki. Aku percaya, bila kementerian kata dasar ini dijalankan setelah benchmarking dengan sistem dari negara maju sebab aku tahu (dari pergaulan dan perbualan dgn rakan2 dari oversea, sbb aku sendiri tak pernah duduk oversea) system pembelajaran diorang pada peringkat rendah tidak bergantung kepada system penilaian berasaskan exam. Penilaian dibuat atas kemahiran, kebolehan dan penguasaan murid2 secara umum. Kerana bagi mereka, peringkat rendah adalah peringkat terbaik untuk melentur pemikiran kreatif dan dari situ dapat mereka tentukan kecenderungan murid.
Let our kids enjoy their learning, do not put any unnecessary pressure to them.
Ada pandangan berbeza?
Tuesday, July 03, 2012
Monday, July 02, 2012
19 & 20 January 2012.. Hari yang Panjang...
Khamis, 19 January 2012:
Macam biasa, aku bangun pagi dan bersaip untuk ke tempat kerja. Bezanya cuma sikit, Ariff bangun awal hari ni.. Lebih awal dari Aina dan Aqil.. Lepas aku siap solat dan berpakaian, aku kena jaga dia pulak.. Sbb mcm biasa, isteri aku kena siapkan Aina dgn Aqil ke sekolah..
Aku baring dan berbual dgn Ariff (sebenornyer aku cakap sensorang jer..) sambil dia tersenyum jer melayan.. Sambil2 tue aku teringat dalam seminggu nie, anak owner taska tempat aku hantar mereka nie dok menyakat Aqil masa aku ambik Ariff dgn Aqil balik. Katanya "Aqil, Cikgu ambik adik yer.. Kasi adik tinggal dgn cikgu..". Time tuh Aqil akan rapat dekat aku aku isteri sambil memandang tepat ke mata kami tanda dia tak bagi.. Kami pulak senyum jer ler.. Dah tentu cikgu tuh bergurau.. tak terlintas pun itu salah satu petanda besar untuk kami sebenarnya..
Sampai office pagi tuh, aku memang raser tak berapa selesa.. Macam ada sesuatu yang tertinggal atau kena buat. Kalau bukan sebab appointment pukul 3 setengah petang tuh, memang aku rase nak gerak balik.
Lepas solat dalam pukul 2 lebih, aku prepare dokumen untuk meeting dengan customer. Sebenarnya, itu fisrt time customer nak meeting dengan aku kat opis aku.. Biasanya aku akan gerak ke office diorang..
Lebih kurang pukul 3.11 pm:
Personal phone aku berdering. Bila aku angkat, the first word was: "Ayah Aina yer. Boleh datang PoliKlinik Permata? Cepat yer". Bila aku tanyer sebab apa, the taska owner tak mau jawab and letak telefon. Sepantas kilat aku call isteri aku and mintyak dia ke taska. Nasib aku memang tak berapa baik time tuh sebab isteri aku pun tengah ada keje luar dan berada agak jauh dari taska. Tapi still lebih dekat dan boleh sampai lebih awal dari aku. Aku pulak, terus bagitau rakan sekerja untuk attend customer yg datang. Aku terus balik time tuh jugak.
Keluar ke hiway, lagi sekali tahap kesabaran diuji. Hiway NKVE pulak jem.. Come on la, baru pukul 3 suku dah jem.. MMg aku naik angin.. Time aku cemas mcm nie la dia nak jem.. Selalu tuh pukul 3, trafik tgh dok cantik lagi.. Dalam hati aku yang tgh sangat2 gelabah tuh, cuma satu benda yang aku boleh buat.. Istighfar dan berzikir sebanyak mumgkin mintak perjalanan aku selamat. Disamping tuh, walau pun aku dah menduga ada benda tak baik, tapi aku punya imigination cuma sampai tahap "ada kemalangan berlaku kat anak-anak aku. mungkin diorang cedera.. Tapi siapa? Aina pergi sekolah sepatutnya dalam pukul 12 setengah.. Kalau time tuh accident, awal lagi diorang patut bagitau.. Aqil? Sebab dia dah besar, mungkin dia lompat kerusi atau meja dan jatuh.. Kepala mungkin berdarah.. Ariff? tak mungkin kot..".
Masih dalam jem bila aku dapat call lagi sekali dari nombor yang aku tak tahu dan aku dengar dari hujung talian bunyi orang menangis. Macam suara bini aku.. Dalam hati aku "Ya Allah.. Ariff ker??" Aku lebih kan zikir dan sebaik saja lepas dari jem tadi, kereta aku pecut selaju yang aku boleh.. Pada keadaan biasa, 120 km/j tuh paling laju aku pernah bawak.. Hari tuh, seingat aku kali kedua aku tekan habis-habisan to 160 km/j. 160 km/j untuk Proton Wira tahun 2005 standard, that was the best speed aku rase aku boleh pergi..
Sampai ke klinik, bayangan buruk yang ada (walaupun aku cuba berfikiran positif sepanjang perjalanan) rupanya satu realiti.. Isteri aku aku tgk sedang menangis dan tak de apa2 yang aku boleh buat lagi selain memeluk isteri kau dan Ariff yang tidur dipangkuannya. Satu tidur yang panjang.. Apa yang aku boleh buat selepas itu cuma cuba bertanya dengan Doktor dan beberapa orang pegawai polis yang ada di dalam dan luar klinik. Doktor yang ada bertanya, "anak kamu ada sawan? Dia demam ker?" Belum pernah aku tau ada kalangan ahli keluarga aku yang pernah dapat sawan dan anak aku tak demam pada hari tersebut. Aku hantar anak aku dalam keadaan yang sangat sihat pada hari tuh..
Cuba untuk bertenang, aku ke Balai Polis Taman MElawati untuk membuat laporan polis. Pada ketika yang sama, aku nampak pekerja taska, anak owner dan cikgu taska ada disana untuk juga membuat laporan. Sementara menunggu giliran untuk membuat laporan aku cuba menenangkan diri dgn ke surau balai untuk solat Asar. Pekerja taska dan cikgunya ada di kerusi luar balai dan cuba berkata sesuatu. Di situ aku ditanya, "anak encik demam ker?" Yang aku boleh cakap, "anak aku tak demam masa aku hantar. Kakak dengan abang dia pun aku hantar kat sini gak. Kalau diorang demam, apa yang selalu aku bekalkan? Ubat ada? Ada aku pesan yang anak aku demam? Ada.. Dah 2 tahun diorang kat situ.. takkan tak tau cara kitornag? So, yang ini, bila aku tak cakap benda- macam tuh, maknanya dia sihat. Kalau korang raser dia demam, korang sepatutnya call aku atau maknya untuk kami bawak balik dan ke klinik. Bukan dah meninggal macam nie baru tanya aku anak aku sihat ke tak.." dan terus terang, time tuh aku tak mampu untuk dengar apa-apa penjelasan. Paling aku sakit hati dengar bila cikgu anak aku, Teacher Zura kalau aku tak silap, mendesak anak owner untuk bercakap dgn aku sebagai wakil kepada owner memandangkan dai turut sama run the taska. Korang tau dia cakap apa dgn cikgu tuh?? "Apa aku nak cakap?" Dalam hati aku, "apa punya orang.. You should say something ma... I know, it wouldnt help, but as human, you should say something to express your regret to what have happen."
Meanwhile, my wife and son was brought to HKL by patrol car. Lepas settle polis report, aku ke HKL untuk post mortem. Lepas berfikir panjang, kami (aku suami isteri dgn another boy parent) setuju untuk teruskan post mortem. Sebab, aku diberitahu, memandangkan 2 orang budak sekaligus meninggal dlam satu taska, post mortem tak boleh tidak kena proceed. Dan post mortem untuk anak aku settle dalam pukul 3 pagi. Lepas tuh baru boleh bawak balik. Melihat keadaan anak aku time tu, hati sangat-sangat terhiris. Dari kepala hingga ke bahagian abdomen anak aku berjahit. Tapi, melihat wajah dia yang tak ubah macam tgh tidur semalam, aku berfikir sendiri, "kalau lah aku mati nanti, mampu ke aku berwajah tenang macam ni?"
Ya bro.. Dengan dosa-dosa kita semalam, hari ni dan akan datang, mampu ker kita memejamkan mata untuk satu lena yang panjang dgn tenang? Atau, ketika nyawa ditarik itu baru kita sedar yang sesungguhnya selama ini kita dah terlalu lama terlena?
Jumaat, 20 Januari 2012:
Pagi itu, pengalaman yang tak pernah aku gambarkan. Selama ini, kita berharap satu hari nanti bila kita perlu memejamkan mata, anak-anak yang Allah pinjamkan kepada kita ini yang akan menyempurnakan mandian terakhir kita, memakaikan pakaian terakhir kita, solat untuk kita dan menghantar kita ke pembaringan terakhir kita. Tapi, hari itu, aku perlu untuk menyempurnakan semua itu untuk anakku yang Allah pinjamkan selama 7 bulan kepada kami sekeluarga.
Detik paling pedih ialah ketika wajah anak kami ditatap buat kali terakhir sebelum di tutup dan didokong ke masjid Ar-Ridhuan, Ulu Klang untuk disolatkan. Dalam cubaan untuk menahan jatuhnya airmata, ia sebaliknya menitis laju. Sejuknya tubuh badan Ariff memperingatkan aku betapa dekatnya kita dengan kematian.
Hujan renyai ketika jenazah dipangku untuk dikebumikan menenggelamkan titis airmata kami sekeluarga. Alhamdulillah, segalanya selesai dengan baik. Berat kaki untuk melangkah pergi tapi, hidup mesti diteruskan. Sabar dan redha adalah kunci untuk janji Allah kepada kami yang kehilangan. Aku sering diingatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Siapa yang telah kematian tiga anak yang belum baligh maka mereka akan menjadi dinding (hijab) dari api neraka. Abu Darda berkata : “Saya telah kematian dua anak”. Jawab Rasulullah SAW. : “Juga dua anak”. Lalu ada orang berkata : “Saya (telah kematian) hanya satu anak”. Jawab Rasulullah SAW. :”Juga satu anak, tetapi kesabaran itu harus pada pertama terkena musibah itu”.

Subscribe to:
Posts (Atom)