Apa itu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)?
KSSR ini adalah satu penyusunan semula dan penambahbaikan kurikulum bagi sekolah rendah bagi melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif dan kritis serta inovatif. Mana aku dapat ni? Cuba klik: sini
Kenapa aku buat posting ni? Aku ni cikgu ker? Bukan. Aku bukan cikgu tapi aku harap dengan buat posting ni aku boleh lebih clear dengan apa itu KSSR. Lagi satu aku nampak banyak complain dari rakan-rakan pesbuk yang KSSR ni tak mesra pelanggan. Nak menyatakan pandangan peribadi aku dalam wall diorang rasa tak patut pulak sebab pandangan peribadi aku tak semestinya sama dengan pandangan diorang.
Dari lawatan ringkas aku ke website KSSR ni, bagi aku dasar yang ditetapkan kerajaan ini amat baik untuk perkembangan modal insan negara kita. Cuba tengok matlamat dia: MELAHIRKAN INSAN YANG SEIMBANG, BERFIKIRAN KREATIF DAN KREATIF SERTA INOVATIF. Ya, kalau sejak dari kecil kita tak latih anak-anak kita untuk semua ni, kita takkan dapat maju dalam erti kata yang sepatutnya.
Kesan ni sebenarnya nampak dalam beberapa agensi terutama sekali agensi-agensi besar negara kita. Ramai pekerja-pekerja kita hari ini takut untuk membuat keputusan berdasarkan keadaan semasa. Mereka lebih selesa untuk mengikut saja apa yang dah tertulis dalam buku. Mungkin salah satu sebabnya adalah tidak mahu dituding kemudian hari jika berlaku kesilapan. Kenapa pemikiran macam tu (takut kalau silap) mesti ada? Bagi aku, kita kena berani buat keputusan dan pertahankan keputusan itu. Tapi semestinya keputusan mesti disertai fakta yang baik. Kalau dah ada fakta yang baik, kenapa kena takut untuk kemukakan pandangan dan membuat keputusan? Ini, mungkin tak ketara tapi bagi aku disebabkan oleh sistem kita yang mengukur kejayaan kita melalui keputusan peperiksaan semata.
Kefahaman aku, dengan KSSR, anak-anak kita akan dipantau sepanjang tahun dan akan digredkan pencapaian melalui band-band atau tahap-tahap 1 hingga 5 (ker 6?) dimana band/tahap 1 adalah yang terendah dan 5 yang tertinggi (atau sebaliknya, tak sure). Penilaian dan penggredan ini adalam berdasarkan keupayaan seseorang murid menguasai 4 perkara dasar bagi perlaksanaan KSSR iaitu Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul (membuat pertimbangan). Murid jugak akan dinilai berdasarkan keterlibatan dalam aktiviti ko-kurikulum. Ini untuk memastikan matlamat melahirkan modal insan yang seimbang dapat dicapai (pergh macam pegawai kerajaan la aku menulis... kekekeke)... Oleh itu, dengan sistem baru ini, anak-anak kita takkan ada lagi kedudukan no 1 dalam kelas atau nombor corot berdasarkan keputusan peperiksaan. Mereka juga takkan ada kertas keputusan ujian yang menunjukkan markah peperiksaan mereka. Bagi aku secara peribadi, ia baik untuk tidak menekan murid-murid seawal usia mereka.
Kenapa aku kata mereka akan tertekan dengan sistem peperiksaan? Cuba kita check diri kita. Bila anak-anak kata diorang akan ada peperiksaan, apa expectation kita? Bila dapat kertas peperiksaan, apa yang kita tengok? Bila keputusan keluar, apa yang kita tanya? Dengan apa kita compare pencapaian anak kita? Aku tanya, aku jawab. Komen kalau aku jawab tak betul. Kita selalunya akan tengok markah peperiksaan. Bila keputusan penuh, kita tengok pulak markah keseluruhan dan peratusan. Kita compare pulak dengan kedudukan mereka dalam kelas. Satu benda yang kita tak boleh nafikan wujud dalam setiap individu adalah kehendak untuk impressed their loved one. Termasuk anak-anak kita. Bila dia tunjuk results kat kita dia nak tunjuk yang dia dah buat yang terbaik. Tapi kalau dia dapat nombor corot, dia akan rasa rendah diri. Even diorang punya tertekan tak sama dengan kita, tapi they will have the pressure with them for next exam.
Ada sesetengah parents kata, "kalau tak tau berapa peratus anak aku dapat masa exam, mana nak tahu mana kelemahan mereka?". Kata aku pulak, kenapa kita nak kenal pasti kelemahan anak kita yang darjah 1 atau 2 nie dengan peratusan peperiksaan? It looks like kita melepaskan seluruh tanggungjawab mendidik anak-anak kepada cikgu-cikgu kat sekolah sedangkan tugas mereka sebenarnya membantu kita. Cikgu ajar anak-anak kita mengenal huruf, kita kat rumah asah balik. Anak-anak buat kerja rumah, kita pantau. Mana yang dia confuse kita tolong. Dari situ aku percaya, apa juga penilaian yang datang dari guru even tanpa peratusan peperiksaan kita akan lebih tahu apa kelemahan dan apa kelebihan anak-anak kita. Memang kita sibuk dengan urusan kerja terutama sekali pekerja-pekerja swasta kat KL ni (macam aku), tapi aku percaya kita kena spend juga sedikit masa untuk anak-anak kita. Personal touch sebagai parent penting bro... Jadi, dengan KSSR ni guru hanya akan bagitahu kita band/tahap pencapaian anak-anak kita bagi setiap subject. Kalau dia kata BM anak kita pada band 3, bersesuaian dengan tahap yang digariskan untuk murid-murid tahun 1, maka bermakna anak kita tak da masalah untuk menguasai pelajaran tu. Jadi, kita sendiri takkan put on unnecessary pressure untuk anak-anak kita. Would that make any difference to examination base evaluation? My answer is yes.
Aku pernah nampak dan pernah tengok parent hantar anak ke tuisyen seawal tahun 2 untuk memastikan anak dia dapat score masa peperiksaan. Dia mengukur tahap pencapaian anaknya berdasarkan keupayaan untuk score masa exam dan pencapaian peratusan markah rakan-rakan anaknya yang lain. Bagi aku, perkara macam ni amat tidak sihat untuk perkembangan minda anak-anak. Ini yang akhirnya melahirkan masyarakat yang tak mampu berfikir secara creative dan inovatif serta takkan mampu membuat keputusan yang tepat. Masyarakat yang hidup berlandaskan buku tanpa ada pertimbangan kemanusiaan. Actually skang pun dah banyak beb, sebab sistem nie dah berjalan sekian lama cuma ia bertambah teruk sekarang.
Ada aku tengok feedback dari sesetengah guru jugak tak baik on this. Tak tahu lah aku samada aku yang salah faham dengan tujuan dan dasar perlaksanaan KSSR nie atau guru yang merungut tu yang tak faham kenapa Kementerian Pelajaran memperkenalkan dasar ni. Pandangan masing-masing berbeza. Memang ada sesetengah perlaksanaan program Kementerian Pelajaran ni yang tak sesuai dan aku jugak akan kritik tapi yang ini aku akan support sampai aku boleh jumpa kelemahan sistem yang tak mahu diperbaiki. Aku percaya, bila kementerian kata dasar ini dijalankan setelah benchmarking dengan sistem dari negara maju sebab aku tahu (dari pergaulan dan perbualan dgn rakan2 dari oversea, sbb aku sendiri tak pernah duduk oversea) system pembelajaran diorang pada peringkat rendah tidak bergantung kepada system penilaian berasaskan exam. Penilaian dibuat atas kemahiran, kebolehan dan penguasaan murid2 secara umum. Kerana bagi mereka, peringkat rendah adalah peringkat terbaik untuk melentur pemikiran kreatif dan dari situ dapat mereka tentukan kecenderungan murid.
Let our kids enjoy their learning, do not put any unnecessary pressure to them.
Ada pandangan berbeza?
1 comment:
x de salah pun yang encik tulis ni,..betullah ni mengenai KSSR dan diawal usia kanak2 ni, kita tak perlu tekankan mereka dengan peperiksaan..tapi biar merek bebas pilih apa yang mereka minat lepas tu kita asah die org balik..saya lebih suka kaedah KSSR daripada yang lama KBSR..
Post a Comment