Baru2 nie keluar cerita yg cikgu kat sebuah sekolah kat Perlis disepak dek murid dia.. budak form 2 plak tuh... apa nak jadi kat bebudak kita skang nie ek?? Skang nie rasa hormat kat cikgu/ pendidik dah semakin hilang.. salah sapa?? salah bebudak tue ker?? aku bukan cikgu tapi aku sedih bila tgk org dah mula hilang kepercayaan dan raser hormat kat guru2..
Kehilangan raser hormat kat guru nie bagi aku byk berpunca dari mak bapak bebudak nie.. maafkan aku wahai mak bapak kat luar tue sebab aku cakap mcm nie... aku pernah terdengar ada mak bapak yg condemn cikgu, menuduh cikgu makan duit jamuan lah, cikgu ngajar tak betul sebab nak carik duit buat tution lah dan mcm2 lagi ... bila bebudak mula dengar bende2 mcm nie, diorang akan mula hilang raser hormat kat guru... lepas tue diorang sendiri akan mula condemn cikgu dan tak teragak2 utk pukul bila tak puas hati.. org zaman dulu ada yg hantar anak gi jumpa cikgu sambil bagi rotan kat cikgu.. "kalau anak saya salah atau buat hal, pukullah.. jgn patah atau mati, sudah..." pasal dulu diorang tau diorang tak berapa pandai, so diorang harap cikgu2 nie mendidik anak diorang... zaman sekarang nie, walau pun mak bapak tue kekadang SPM pun pangkat 3, tapi diorang raser diorang lagi pandai dari cikgu.. anak dia nakal, kena rotan, nak saman cikgu, mengamuk kat sekolah.. apa nie beb??
Bagi aku tak perlulah terlampau kita mempersoalkan sgt hukuman kat sekolah kalau setakat merotan didepan khalayak.. Pasal dulu2 kita public canning la kita jadi manusia zaman sekarang nie.. pasal bila bebudak nie malu kena public canning lah, bebudak nie akan jadi segan nak berkelakuan buruk... perlu diingat kenapa dalam Islam, bila kantoi berzina, seseorang tue kena rotan 100 kali didepan khalayak ramai... tujuannyer utk jadi pengajaran utk semua org lain.. begitu juga kalau mencuri.. mengikut hudud, kena potong tangan didepan khalayak.. bukan lah nak sama kan kesalahan kat sekolah dgn hukuman berzina tapi tujuan public canning nie sama... utk jadi pengajaran kat bebudak lain supaya tak melakukan kesalahan yg sama..
Ingat la beb.. tak de cikgu kalu, kita tak de degree, master, Phd, Ir., Dr, Dato' Datin dan gelaran2 seumpamanyer... jgn cakap cikgu dulu lain, skang nie lain... sama jer cikgu dulu ker skang ker.. diorang nie mendidik anak2 kita.. memang skang nie diorang bukak kelas tution lepas waktu sekolah tapi bukan bertujuan carik untung, tapi diorang sedar zaman skarang nie persaingan utk jadi yg terbaik tue sgt sengit.. so diorang korban kan ckit masa diorang utk jadikan anak2 kita yg terbaik... salah ker?? sapa untung bila anak2 kita nanti membesar dan jadik angkasawan negara, menteri, Perdana menteri atau CEO sebuah multinational company?? cikgu nie tak dapat apa2.. yg untung kita beb... diorang akan tetap driving the same old cars or riding the same old kap cai... kalau korang curiga dgn niat murni diorang, cuba ajar sendiri anak2 tue.. bulih ker?? Jgn terlalu bangga kalau anak2 cepat pick up, sebab bebudak yg bijak kalau tak diasah dan diasuh kebijakan tue akan berkarat dan sesia.. siapa yg asah kebijakan anak2 kita kalau bukan guru??
LU PIKIRLAH SENDIRI....
Wednesday, October 22, 2008
Monday, October 20, 2008
Shamsiah Fakeh
Aku surf Berita Harian online and dalam ruangan mutakhir ada berita pasal Shamsiah Fakeh meninggal dunia.. dituliskan disitu:
"KUALA LUMPUR: Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Shamsiah Fakeh, 84, meninggal dunia kerana sakit tua di kediamannya di Tropicana, Damansara, hari ini.
Shamsiah, yang juga bekas Ketua Angkatan Wanita Sedar (Awas), sebuah parti politik sayap kiri yang ditubuh pada 1946, meninggal dunia pada jam 9 pagi.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Sungai Besi selepas solat Asar, kata anaknya Jamaluddin Ibrahim di sini hari ini.
Shamsiah yang sebelum ini tinggal di China dan kembali ke Malaysia pada tahun 1994 selepas termeterainya perjanjian damai antara PKM, kerajaan Malaysia dan Thailand pada tahun 1989, meninggalkan dua anak lelaki dan empat cucu.
Suami Shamsiah, Ibrahim Mohamad dan seorang lagi anaknya telah meninggal dunia sebelum beliau. - Bernama "

Serba salah aku nak mengkategorikan Allahyarhamah Shamsiah Fakeh nie.. Bagi aku personally, dia boleh jugak kita iktiraf sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan negara.. cuma cara gerila yg dia pilih tak menyenagkan hati pihak British dan menjadikan dia pelarian.. dalam melarikan diri dari buruan British, AWAS dan API diisytihar British sebagai salah satu cabang PKM dan diorang terpaksa ikut jadi buruan sebagai mana komunis.. Kemudian diorang yg dah dicop komunis nie terpaksa lari ke China dan menetap kat sana.. So pada pandangan aku, dia dicop komunis bukan atas kerelaan tapi terpaksa utk menyelamatkan diri dari ditangkap oleh british.. cara diorang mencari kemerdekaan memang lain dari cara UMNO dan diorang enggan tundk dgn kehendak British so diorang di cop as pengganas, komunis, pemberontak dan segala macam gelaran yg menyebabkan kita lupa bahawa dia jugak berjuang utk kemerdekaan negara kita tapi dgn cara diorang... sama juga mcm mana Mat Kilau, Hj Abdul Rahman Limbong, Rosli Dhobi dan Tok Janggut yg cuba dipadam perjuangan kemerdekaan diorang oleh british dari buku2 sejarah kita... Shamsiah Fakeh dan geng2 dia tak pernah kita cuba iktiraf sebagai pejuang kemerdekaan... nama dia hanya tercatat dalam lipatan sejarah melayu sebagai ketua AWAS yg akhirnyer bergabung dgn PKM... Perlu diingat, Tan Sri Aishah Ghani, wanita pertama yg dilantik menteri juga pernah mengetuai AWAS sebelum diambik alih oleh Shamsiah Fakeh...
Sejarah negara kita dalam menuntut kemerdekaan byk ditulis mengikut kehendak British.. jasa2 pejuang terdahulu byk yg dipadam dari lipatan sejarah negara.. kita sering disogok dgn cerita kejamnyer Jepun dan komunis.. tapi kejamnyer British tak byk yg terbongkar...
Maafkan aku kalau aku tersilap, tapi kekadang aku terfikir betapa ruginyer kita kehilangan pejuang hebat mcm Leftenan Adnan Saidi semata2 utk mengekalkan kuasa penjajahan British di Tanah Melayu.. alangkah baiknyer kalau tercatat dalam sejarah yg Leftenan Adnan Saidi syahid ketika mengetuai segerombolan anak melayu cuba utk menghalau British dari Tanah Melayu... bayangkan jugak ketika Shamsiah Fakeh dan trup gerilanyer menyerang askar British dan membunuh anak melayu yg bekerja sebagai askar British.. British menggulakan anak melayu utk join askar British atas kata2 mempertahankan tanah air wal hal ketika itu hanyer utk protect Tanah Melayu dari terlepas dari penjajahan dan jatuh ketangan anak melayu lebih awal...
Senang citer, kalau boleh kita kena mula mengiktiraf atau mengenang jasa2 pejuang haluan kiri nie dalam sejarah kemerdekaan negara... nama2 seperti Dr Burhanuddin Helmi, Shamsiah Fakeh (sekadar beberapa nama & Chin Peng serta PKM yg lain tak masuk kira) yg aliran perjuangan diorang dibenci dek British mesti dikaji dan diiktiraf sebagai pejuang bangsa.. jgn kita lupa bahawa diorang nie jugak mahu kan kemerdekaan negara walau cara diorang tak sama dgn cara Tunku Abdul Rahman..

Saturday, October 11, 2008
Masuk hospital...
Since friday, aku dok kat Ampang Putri Specialist Hospital, Ampang.. ada sikit masalah kesihatan.. so dok berehat2 tue sempat la jugak updating blog nie sikit2 ikut citarasa aku sendiri.. Sambil2 menonton berita kat TV3 & RTM.. pas tu sambung baca paper.. pastu surf internet and main computer game.. itu je la aktiviti aku.. dalam pada tue terdengar lah aku berita nie...
"Shah Rukh Khan bergelar Datuk".. Shah Rukh Khan akan bergelar Dato' sempena hari keputraan Y Dipertua Negeri Melaka.. keluar berita nie baru aku sedar, rerupanyer org kat malaysia nie sikit jer.. tak ramai pun.. artis jgn citer la... ciput jer bilangannyer.. artis2 malaysia nie tak se"berjasa" SRK.. Andre Goh, penynyi lagu asli bukan melayu pertama di negara kita pun tak besar jasanyer kat negeri Melaka... Besar lagi jasa SRK.. Cuba compare antara dua nie ek.. SRK kalau kita panggil utk konsert atau persembahan mesti kena bayr kurang2 RM 100k, Andre Goh kalu setakat RM 1 k pun kira dah besar la tuh.. so - tak menaikkan martabat artis Malaysia... SRK, kalu nyanyi mesti mau miming, so itu sudah taraf Michael Jackson tuh.. Andre Goh nyanyi mesti mau live.. itu baru satndard artis Malaysia jer.. so tak terror la Andre Goh nie.. kalau nak kasi Andre Goh nie pangkat Dato' pun, tunggulah dia dah mati sok.. baru la nampak mcm kerajaan menghargai sumbangan diorang... skng nie tak yah la.. P.Ramlee pun kita bagi anugerah time dia dah meninggal... dah dekat 20 thn meninggal baru kita bagi anugerah.. Plus... SRK berjaya membuat artis Malaysia lupa daratan, gi naik pentas cium dia kat atas pentas lagi.. and berduet & memeluk erat isteri VVIP kita... artis Malaysia bulih ker buat cenggitu.. belum capai tahap SRK lagi artis kita nie ek...
Dulu kita bgi pangkat Dato' kat Jean Todt, atas sumbangan dia memenangi anugerah team terbaik F1, kahwin (ker cuma bersekedudukan???) plak dgn Dato' Michelle Yeoh and baik dgn PM (dengar khabar dia belikan PM kapal layar... betul ker??), skang nie bagi kat SRK plak... apa la agaknyer diorang pikir ek?? anyway tahniah la org2 dlm kerajaan negeri Melaka yg terpikir nak bagi SRK nie darjah kebesaran Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yg membawa gelaran Dato' pasal menunjukkan realiti sebenar negara kita Malaysia... Realitinyer.. kita masih terjajah secara batinnyer walaupun secara zahir nyer baru jer 1 bulan setengah kita meraikan kemerdekaan ke 51 negara kita, Malaysia tercinta...

Thursday, October 09, 2008
Peralihan Kuasa...
Akhirnyer terungkai ler teka-teki yg dah tak berapa nak misteri lagi semalam.. Seperti yg dijangka ramai org, Pak Lah confirm nak turun dari UMNO presidency next Mac and being replace by DS Najib Tun Abd Razak... Kenapa aku kata dah tak berapa nak misteri?? sebab, secara tradisinyer (sekurang2nyer tradisi UMNO), Dato' Zahid Hamidi & Dato' Ali Rustam tak kan mengofferkan diri utk bertanding Timbalan Presiden kalau diorang tak confirm diorang takkan lawan the incumbent.. Org2 mcm Dato' Nurjazlan lagi la.. angkat kening pun tak berani... pasal memang tradisi UMNO utk mengamalkan dasar tutup pintu bagi jawatan Presiden & Timbalan Presiden sejak lepas pengharaman UMNO 1987 selagi incumbent masih kat ctu... ctu dah menunjukkan Pak Lah dah confirm nak bagi kat Najib...
Kira lepas nie beruntung la org Malaysia.. Sebab lepas nie kita akan dapat PM yg amat prihatin dan senang ditemui.. tak caya korang tanyer Saiful Bukhari Azlan... berapa senang dia nak jejak kaki ke ofis TPM and even rumah TPM pun.. tak payah tapis2 mcm Menteri yg lain... korang siap bulih gi tangkap2 gambar lagi dgn special officer dia..
Aman damai ker UMNO lepas nie?? maklum ler.. sebelum Pak Lah cuma kena cari jalan mcm mana nak handle complaint dari Tun Dr Mahathir sahaja.. itu pun Pak Lah dah pening kepala.. lepas nie DS Najib lak kena layan complaint TDM dgn Pak Lah sekaligus... Tun takkan duk diam punyer.. especially lepas dia buat pengakuan terbuka yg dia raser tersilap melantik PakLah sebagai ganti.. pastu siap declare yg dia sebenarnyer nak DS Najib ganti lepas 1 penggal Pak Lah jadi PM.. la ni, Najib dah confirm akan duk kat tempat yg TDM dah set awal2 utk dia... kalau tak meet TDM punyer expectation, mesti kena balun kow2 punyer... at the same, hati Pak Lah sebagai ex boss kena jaga gak.. kalu tak kena la mcm Pak Lah kena dgn TDM... Geng2 yg memang nak Najib naik seronok ler.. Geng2 Pak Lah plak akan raser tersisih lepas nie... pas tu mula timbul balik raser tak puas hati itu ini pasal bila kepala sudah tukar, kroni pun mau tukar... yg lama susah sikit la nak carik makan... last2 gaduh balik... keluar paper mcm cantik.. kat belakang dok tikam belakang member... memasing duk cakap pasal perjuangan utk rakyat.. tapi yg nyata dok perjuangan utk memboyakkan perut... setidak2nyer itu lah yg ketara diperingkat negeri dan bahagian.. kat cawangan pun dah nampak sebenarnyer...
Bila DS Anwar Ibrahim cuit sikit scenario politik negara, memasing menggelabah... hentam dia habis2an.. tapi pernah ker tanyer kenapa dia berani main usik2 dgn cerita lompat parti?? pasal UMNO sendiri dok gaduh sesama sendiri.. dia tahu dikalangan pemimpin UMNO sendiri saling cemburu, curiga mencurigai dan sanggup tikam belakang member.. so bila dia usik sikit lagu tue, memasing gelabah.. mula la tuduh org tu org nie.. anatra yg terkena termasuk la Zahid Hamid & Muhyidin Yasin (next TPM???)...
Bagi aku la, satu cara jer utk kita rakyat marhain dapat kerajaan yg mendahulukan rakyat dari tembolok sendiri... guna & hayati sepenuhnyer demokrasi.. kita tukar gomen paling tidak 10 tahun sekali.. kalau tak pueh hati gomen skang, kita tukar next election.. bagi diorang keje 5 tahun.. kalu bagus, extent lagi 5 tahun... tak bagus kalu, tukar.. tapi mak sure diarang tak berkuasa terlalu lama... sebab bila satu pihak berkuasa terlalu lama, segala mcm salah laku nie akan berulang balik.. so setiap gomen takkan buat bende2 mengarut pasall gomen yg mengganti pasti akan cari salah depa sampai lubang cacing.. dgn itu, harapannyer kita akan dapat kerajaan yg benar2 telus...
AMACAM?? ADA BERANI???

Monday, October 06, 2008
Hari Raya....
Hari nie, 6 October 2008, bersamaan 6 Syawal 1419 Hijrah.. dah 6 hari kita beraya ek... dan sejak 5 @ 6 bulan lepas, ini ler first time gua update balik blog nie... bukan tanak update.. cuma tak sempat... byk bebeno halnyer...
Hari rayer hari tue, kat umah mak aku, lepas semayang rayer, mcm biasa lah.. bebudak datang rayer.. tapi ader 2 insiden yg membuatkan aku teringin berkongsi dan bertanyer apa sebenarnyer erti berziarah masa hari rayer nie..
insiden 1..
tgh reramai jenjiran aku kat umah, datang ler seorang budak.. solo fighter.. bila dah dtg confirm ler suruh masuk and ajak makan.. tapi budak nie buat bodoh jer (atau memang dia nie bodoh).. suruh makan tanak, ajak minum tanak... abih nak apa, tanyer mak aku... budak senyap lagi.. tak bercakap pun.. at last (lepas almost 15 minutes not doing anything) budak nie cakap nak balik.. mak aku pun bagi ler 5 kupang (ker seinggit? aku tak ingat).. baru ler budak tue balik..
insiden 2...
datang sekumpulan bebudak... lepas ajak masuk.. aku dgn niat baik nak tuang air dan bukak penutup kuih la kononnyer.. diorang bulih sound plak kat mak aku... "tak yah minum dgn makan la cik.. kitorang dah makan kat 30 bijik umah dah.. kitornag datang nak duit rayer jer.." gamam gua beb... mcm nie punyer budak pun ader ker (walau aku tau memang ader).. pas tu, oleh keranan malas nak lecture bebudak nie lelebih (sebelum bagi duit rayer tue kena gak lecture ckit).. mak aku pun bagi la 5 kupang sorang.. and berbunyik la salah sorang budak tu.. "ala.. 50 sen?"... raser nak melempang jer aku time tuh...
apa agaknyer keutamaan kita menyambut aidilfitri skang nie?? memang niat asal pengenalan duit rayer nie dulu (aku tak tau bila budaya nie start) adalh utk bersedekah pada hari pertama kita merayakan kejayaan melawan nafsu dan sebagai kesinambungan kepada amalan kita sepanjang ramadan.. tapi lama kelamaan aku tgk bender nie mcm dah lari dari matlamat asal.. bebudak skang nie mcm dah ader komplot.. "umah mak cik nie kurang duit rayer.. tak yah gi lah.. umah tue byk.. kita gi sana lah.." atau "tuer umah org kayer tue.. mesti byk duit rayer.. jom gi sana.. umah sinun org miskin.. tak der duit rayer .. tak yah gi lah.." so konsep berziarah tue bagi aku dah lari.. bukan bebudak jer.. kekadang ader gak aku terdengar bapak2 budak atau mak2 budak dok bercakap kat anak2... korang gi la umah org tue.. dia kaya.. mesti byk duit rayer... jadi.. sebenarner apa yg kita dah ajar anak2 kita pasal hari rayer nie???
aku tak salahkan budaya bagi duit rayer nie.. pasal aku pun dok bersedekah kat anak2 buah, sepupu2, adik beradik aku.. tapi jgn la sampai kita mengajar anak2 kita bercakap atau berkelakuan seperti insiden kat atas.. bila jadi mcm tue, hati aku berbelah bagi.. ikhlas ker aku bagi duit rayer nie?? kalau kat sedara mara, sepupu, anak buah dan rerakan atau org yg aku tak kenal tapi datang tue memang niat berziarah (contohnyer bebudak yg memang dtg mengaji dgn mak aku, anak2 kawan family aku, atau sesapa jer lah yg aku raser ikhlas berziarah) memang aku ikhlas jugak ler memberi.. kalau tak ikhlas dtg berziarah pun tapi tak obvious sgt mcm 2 insiden kat atas tue, aku masih ikhlas memberi... tapi sampai jadi kat atas tue.. bior ler mak aku jer yg bagi.. kalau aku yg bagi confirm aku tak ikhlas...
Pengalaman aku kekecik dulu.. memang aku pernah ikut member aku yg mcm gitu.. tapi tahun tue jer la.. aku raser tak seronok beraya kat umah org yg aku tak kenal, pastu mengharap org bagi duit rayer... tahun tue memang aku raser mcm mintak sedekah.. pastu compare berapa by dpt duit rayer.. memang tak kena langsung dgn jiwa aku.. tahun berikutnyer, aku sound member2 aku.. sapa nak gi dgn aku, kita cuma pegi umah cikgu, ustaz, dan kengkawan kita jer.. makna nyer yg memang confirm aku kenal... and aku raser seronok cenggitu.. (lebih2 lagi time tue la nak gi umah awek2 cun kat sekolah tanpa perlu membangkitkan gossip.. hehehe)..
secara tak sedar sebenarnyer kita (termasuk aku sendiri kenkadang) mcm mengajar budaya mintak sedekah kat anak2 kita.. tak caya?? cuba kita tanyer diri kita sendiri.. pernah tak kita tanyer anak2 atau anak sedara atau anak kengkawan kita dengan pertanyaan ini.. "berapa banyak dapat duit rayer tahun nie???"
Budaya bagi duit rayer tue tak salah.. tapi dia jadi salah bila anak2 tue secara berlebih2an mengharap kat duit rayer.. dan adakah salah anak2 itu jadi mcm tue kalau bukan kita yg menerapkan perasaan mcm tue kat diorang...
Harapan aku, bila anak aku besar esok, dia tak beranggapan musim rayer nie sebagai musim lubuk duit.. semoga tak keluar dari mulut anak2 aku "tak seronok la gi ikut ayah rayer kat sinun pasal duit rayer tak byk.."
Wallahua'lam bissowaab....

Subscribe to:
Posts (Atom)