Monday, May 25, 2009

PETRONAS sponsored team FIAT YAMAHA?

Last week aku menonton antara acara kegemaran aku kat ESPN, World FIM MotoGP.. Mcm biasa la, aku mesti tgk Valentino Rossi punyer.. pastu aku terperasan ada satu label kecik kat bontot motor si Rossi.. label Petronas..
Serentak dgn tue aku terpikir... kalau Petronas dah involve dgn MotoGP nie, kenapa diorang tanak sponsored satu team dari Malaysia.. dulu dah ader team Petronas TVK, pastu diorang tarik balik sponsorship dan bertumpu kat F1.. namun skang aku cuma dapat tgk kat motor omputih jer...itu pun kecik amat.. dah tak de rider melayu lagi yg bulih kita tgk bawak lambang Petronas tuh.. Kalau tak dulu, walaupun tak pernah naik podium (kecuali satu podium utk Petronas team TVK by Nabuatso Aoki)aku still layan race 250 cc pasal nak tgk nama Yuzy tersenarai kat starting grid and bersaing utk kutip point.. And aku raser ader sikit bangga tgk motor warna hijau bawak lambang besar petronas melintas skrin...
Skarang nie, MotoGP pun dah kurang liputan kat suratkhabar, yg byk cuma cub prix punyer citer.. pasal kita dah tak de wakil.. tu yg boring tuh.. bagi aku cub prix nie satu benda yg membazir pasal dah hampir 2 dekad cub prix nie kat Malaysia, kita cuma ader Yuzy jer yg dapat merasa bersaing kat MotoGP series dalam 250 cc class.. mana pergi hero cub prix yg diwarwar kan as platform to produce more world class racer utk Malaysia?? setakat yg aku tau, hero cub prix tak pernah mampu bersaing bila kita bagi moto besar.. contoh hero cub prix masa aku memuda dulu, Wazi Hamid, bila diorang bagi motor 250 utk race dalam FIM Asia Road racing, habis melungkup.. manjang tergolek jer... tue baru Asia tue belum world lagi.. hero malaysia dalam Asia road racing time tue sapa?? Kuan Meng Heng, Chia tuck Cheong, Yuzy..dari diorang nie, yg aktif cub prix cuma Chia Tuck Cheong.. itu pun pasal dia memang rider 250 and cuma masuk cub prix utk mengisi masa tak de race Asia... Yuzy asal cub prix, lepas champ, dia pegi RXZ utk Malaysia Race series kat litar Batu 3 and permanently duk dgn TVK main moto 250 utk European Road racing pastu baru ke world GP.. Ini tak, tahun nie dah menang cub prix, tahun depan cub prix lagi tahun lusa pun cub prix gak... mana nak berkembang...
Selain dari tue, aku marah gak dgn Khir Toyo.. sebab.. time dia la Litar Batu 3 kena jual and dijadikan kawasan perumahan mewah.. so malaysia dah kurang satu trek yg dekat dgn town center.. so bila bebudak rempit nie tak de tempat yg dekat utk test power, dgn senang hati la diorang pakai trek free atas jalan sekaligus memahat nama hitam utk bikers2 kat malaysia nie.. cuba la pikir, mana ader org nak test motor cub chai tapi kena pergi sampai almost 100 km ke litar sepang.. dah la sewa mahal compared dgn harga kat litar batu 3.. dulu, kat litar batu 3 every weekend ader sprint test yang di buka utk org ramai.. kita cuma perlu bayar yuran dalam RM 15 utk test motor kita kat dalam trek.. so ramai bebudak motor bertumpu kat situ pasal nak tunjuk motor dia hebat.. skarang nie ader ker kat litar sepang tue?? kalau ader pun nak ker bebudak rempit nie pergi travel around 100 km just to test their bike.. so jgn sibuk nak mengutuk bebudak rempit nie sgt tanpa melihat kat mana salah korang as penguasa yang ader kuasa utk merubah semua tuh.. aku boleh kata bebudak mula merempit sampai ke tahap kritikal skang nie pasal tak de nyer track yg suitable utk diorang mcm litar batu 3 dulu... dulu pun ader jugak rempit, lumba haram nie.. tapi tak kritikal mcm skang nie.. betul tak aku cakap?? mat2 motor mesti membetulkan perkataan aku tue.. so Khir Toyo.. hang jawab lah... semua salah hang...
Balik kepada MotoGP, aku raser Petronas kena ambik inisiatif utk form 1 team mcm team TVK dulu... ambik balik Yuzy, Meng Heng utk jadi coach.. utk cari racer, angkat korang punyer racer yg dok race dalam cub prix nie.. tak guna race dallam cub prix lelama.. membazir jer... kalau suruh Yuzy race balik pun ok..dia baru umur 33.. bulih tahan lagi tuh... mana tau dalam 5 tahun lagi kita bulih tgk racer petronas naik podium plak...

2 comments:

malay-machista said...

Bud,
memang betul dan aku setuju sungguh dengan kata-kata ko.. talent yang berlambak kat malaysia ni habis begitu saja! takde perkembangan langsung...tiap2 tahun masuk cubprix, lepas tu tua macam tu saja...such a waste..
antara masalah yang aku nampak adalah penajaan lah... bebudak kita ni nak race saja, tapi mana nak source belanja? mula2 nak bikin motor, pastu nak practise, pastu nak pegi trial run, logistik satu hal lagi... makan-minum diorang lagi? nak fulltime, mana nak carik makan? kesian depa!
memang patutlah kerajaan sediakan facilities untuk depa2 ni..bukannya menjahanamkan macam yang terjadi kat litar batu3... aku fahamlah, takkan kerajaan nak sponsor, tapi at least, permudahkan...
then, sponsorship pun satu hal.. syarikat2 permotoran kat malaysia ni siapa punya? (big question mark)... bila nak taja, depa tajalah anak-anak kenalan, sedara mara mak bapak dia! itu yang jadi alex yoong tetiba buleh jadi wakil F1 malaysia tuh! dah beratus juta habis, habuk pun tarak... orang dah ready nak jadi juara, si yoong tu, "got to make myself used to braking with my left leg!" ....itulah kata dia masa mula2 start dulu! apa punya parpu punya racer pun aku tak tau..hampas kelapa pun buleh bagi ayam makan, hampas yang macam ni, dapatla jadi pengacara, buat ulasan pasal race... piiirahhh... lain kali kalau kail panjang sejengkal, jadi cikgu macam aku sudahlah...tak payah race...
melalut pulak, berbalik pada motoGP, i can swear my 16 years of teaching lah, almost all budak lelaki memang suka dengan motor dan kelajuan...kot tak suka bawak pun, tengok motor besar2 kilat2, mesti terangkat kening...so, naturally when they had the chance, they would want to try it. when it comes to speed, they want to experience the adrenaline rush..itu natural bagi bebudak jantan... tapi dek kerana takde facilities, mana depa nak pegi? race depan rumah lah!
itulah root cause nya... kalau ahli politik berenti bergaduh, dan ikhlas nak atasi masalah rempit nih, inilah springboard nya...

malay-machista said...

bud,
aku lupa plak...last sunday aku gi tengok motocross kat felda sungai tengi. banayk pengajaran aku dapat.aku senaraikan background dia dulu..
1. trek sangat daif.. safety 50% kot...
2. pelumba ramai, ada yang ditaja, ada self sponsored. ada racer loaded, bawak moto naik 4X4, ada racer yang papa kedana, tarik motor pakai tali dari umah kat felda sebelah..
3. nak tau papa kedananya bebudak yang bersemangat ni?... ada racer pakai t.shirt dengan jeans koyak ajer. ada racer yang pakai safety boot industri, bukan racing boots... ada budak pakai helmet sgv pegi race. ada budak pakai glove bola..... yang pakai racing suit complete pun ada, demo team dari kawasaki...
4.semua racer adalah budak melayu

pengajaran aku dapat:
1. kita ada berlambak2 talent
2. talent kita akan hilang begitu saja
3. budak2 kita takde duit nak race dengan sempurna
4.kedai2 motor kecik yang taja secara kecil2an takde expertise dalam racer and racing management
5.kerajaan tak peduli dengan budak2 ni
6. korporat besar don't give a flicker damn tentang budak2 ni
7. budak2 ni akan kecewa, dan akan jadi rebellious.. pengedar2 dadah akan menawarkan penyelesaian pada kekecewaan mereka.
8. semua racer adalah budak melayu

HIDUP MALAYSIA...