Aku pun bukanlah expert sgt dlm bidang keagamaan nie. So pandangan peribadi aku bagi isu yg dok digembar-gemburkan skang ni mcm nie lah.. Betulkan kalau aku silap:
PENGGUNAAN NAMA ALLAH BAGI NON MUSLIM
Mcm mana pun this politician menghujahkan penggunaan nama ALLAH bagi non- muslim, bagi aku ia tertakluk kepada budaya masyarakat kita hari ini. Jgn la dok sibuk pasal budaya org. Memang stakat pengetahuan aku, org2 kat negeri arab, yg kristian pun menggunakan nama ALLAH as gantinama bagi Tuhan. Zaman Jahiliyyah dulu and even zaman Nabi Muhammad pun org2 kafir Quraisy masih gunakan nama ALLAH as Tuhan Yg Maha Agung tapi diiringi / disyirikkan dgn All-atta, dan Al-uzza, berhala2 mereka. Itu diorang. Itu budaya diorang. Budaya kita di semenanjung Tanah Melayu, ALLAH itu secara budayanya dan secara adatnye merujuk kepada Tuhan Yg Maha Agung, Tidak diperanakkan dan tidak beranak.. Tiada sekutu baginya. Sebelum isu ini dimainkan pun, even Chinese pun akan kata kat kita "Aiyo.. nanti lu punya Tuhan ALLAH marah woo..." Itu budaya kita. Eksklusifnya penggunaan atau tidak adalah sgt tertakluk kepada budaya kita disini. Bukan menghalalkan yg haram atau mengharamkan yg halal, tapi berdasarkan budaya, memang sepatutnya kita kita menghalang penggunaan nama ALLAH bagi non-muslim di semenanjung.
Kenapa di Sabah dan Sarawak bulih plak guna? Tak 1 Malaysia la mcm nie?? Kat Sabah dan Sarawak lain bang... Mcm aku cakap tadi.. Budaya.. Kat semenanjung, walaupun bukan sejak azali, tapi start kebudayaan melayu masa zaman kesultanan Melaka dulu kita terdidik dgn budaya Islam sedangkan bagi kebanyakkan masyarakat Borneo ketika dulu dari org asli. Bila kristian atau agama lain approach diorang, mubaligh2 ni dah guna nama ALLAH tue as Tuhan diorang.. Di semenanjung, org2 Kristian memang tak pernah guna and baru skarang diorang nak guna. Mcm Tuan Guru Nik Aziz pernah cakap, kita tak mau diorang guna untuk mengelirukan umat Islam.. So bagii aku bagi kawasan semenanjung yg memang sejak kecik kita didik bahawa ALLAH itu Tuhan Yg Esa bagi org Islam, dan Jesus itu diguna pakai oleh kristian as rujukan Tuhan yg common bagi diorang and Roh Kudus dirujuk as tuhan bapa diorang, tak de sebab utk kristian guna nama ALLAH itu sebagai rujukan diorang.. Di luar negara mcm Indon ker, itu mmg budaya diorang.. Budaya kita lain2 bang.. Budaya dibentuk berasaskan cara hidup.. Cara hidup di Indon dah terlalu bercampur aduk, tak sama dgn kita... So walaupun kita serumpun tapi perlu diakui, budaya kita dan Indon sgt jauh berbeza.. Perlu ingat tu bro...
PERARAKAN MAULIDUR-RASUL
Bagi aku isu nie betul2 isu politik. Bukan masalah Penang cuba menghapuskan budaya Islam tue sgt.. Seingat aku, antara tahun 1990an hingga awal 2000, Kerajaan Malaysia sendiri tak buat perarakan Maulidurrasul peringkat Kebangsaan.. Yg ader cuma majlis2 ilmu yg bagi aku lebih penting dari perarakan tuh... tak kecoh pun Gomen cuba menghapuskan budaya Islam dalam kehidupan?? Sebab apa?? Sebab BN yg buat??
Bagi aku personally la, Maulidurrasul tahun nie jatuh pada hari Jumaat. Adalh lebih elok kta cancel perarakan and ganti majlis.
Hari Jumaat tuh bagi aku personally lebih baik kita buat satu majlis kat masjid where kita boleh beriktikaf lebih lama dalam masjid. Tak ye pun perarakan tue pun tak lebih dari berjalan dari satu point ke satu point yg lain. Yg betul berselawat time berarak tuh baguslah.. tapi yg lain tuh lebih kepada dipaksa join perarakan dek bos, tgh berarak tuh org lain berselawat kita dok mengurat, berborak perkara lagho, and kekadang tuh especially ketua2 perarakan / jabatan (bukan semua) pasang niat "tahun nie team aku mesti menang pasukan perarakan terbaik".. Apa diorang ingat perarakan Hari Kebangsaan ker?? Niat tuh sendiri dah lari.. abih camno??
Kesimpulannya bagi aku kedua- dua isu nie especially kat Penang adalah lebih kepada isu politik dari isu agama tue sendiri..
1 comment:
lepas berarak, badan berpeluh2, penat, mengah, pastu tak yah solat jumaat... darurattttttt... baik la aku lepak dalam masjid, ada aircond... dengar ceramah dapat ilmu..
Post a Comment